Rabu, 15 Januari 2014

Dakwah Menuntut Pengorbanan

"Pelik betul aku tengok geng tabligh. Ade sorang kat taman aku tu dah macam taknak dunia." 

"Apehal dengan dia?"

"Dulu kaya, keta besar tapi sekarang habis dijual, pakai van buruk. Berhenti kerja buat bisnes dengan van buruk dia tu."

"Sampai macam tu?"

"Mak aku pun cakap, kawan dia asyik kena tinggal dek suaminya yang tabligh. Hidup susah tapi tak reti-reti nak tambah cari pendapatan. Duk perhabis duit ke dakwah dia tu je."

                                                               ..............................................

Dulu masa zaman sekolah kalau sebut dakwah, aku cuma tahu Tabligh sahaja. Mereka ni ada di mana-mana menyeru org Islam hidupkan masjid, hidupkan agama dalam diri dan keluarga seterusnya mengajak orang lain agar sama-sama menghidupkan agama atas kalimah Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah. Sungguh murni usaha mereka. Tampak keikhlasan & kesungguhan mereka ingin memuliakan agama Allah. Walaupun ade yg mencemuh mereka macam-macam seperti tidak bertanggungjawab terhadap keluarga, tidak menjaga kebersihan & suka pinggirkan hal-hal yang tidak berkaitan akhirat seperti politik, ekonomi & lain-lain.

     Kesanggupan mereka menginfakkan masa paling kurang tiga hari sebulan, wang untuk khuruj (keluar bertabligh) ke merata-rata tempat & macam-macam yang mungkin kita tidak pernah nampak. Mereka tidak pernah merungut hilang tenaga, kurang masa bersama keluarga, menahan lapar sebab nak kumpul duit untuk khuruj & mungkin banyak lagi pengorbanan mereka. Keyakinan, keikhlasan, kesungguhan & pengorbanan mereka itu akhirnya terbalas dengan bertambahnya orang Islam yg tersentuh dengan usaha dakwah mereka. Hampir semua masjid mereka approach! Tak percaya? Cuba lihat ada tak kitab Fadhilat Amal. Kalau ade confirm mereka pernah datang ke masjid di situ.

     Hilang segala kebaikan & sumbangan mereka terhadap umat hanya kerana segelintir mereka yang membuat kesilapan. Bak kata peribahasa Melayu, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Kadang-kadang malu apabila bertemu mereka di jalan-jalan, ketika datang ke rumah & semasa berjemaah di masjid. Mereka datang dari pelbagai tempat jauh berbatu-batu, menahan rasa malu & takut menziarahi penduduk Islam yang kadang-kadang ade yang menghalau dan mencela. Ada seorang kawan aku tu cerita bahawa bapa mertuanya tabligh pernah ditampar. Bila ditanya apa perasaannya, “Nilah manisnya berdakwah. Nabi kita kena lagi teruk. Baginda dituduh gila semasa awal dakwahnya, semasa di Mina pernah dicampak keluar khemah, dibaling batu ketika di Taif, diancam bunuh pada malam baginda berhijrah & banyak lagi kot nak dibandingkan aku kena tampar je pun.”

   Subhanallah, semoga Allah meredhai & mengurniakan ganjaran berganda kepada mereka. Aku bagaimana? Mengaku sahaja berdakwah tapi betapa banyak dah berbuat. Selalu berkira-kira untuk berkorban. Maksiat & karat-karat jahiliah belum semua ditinggalkan. Bila diuji, dikritik, dikecam biarpun sedikit dah mula takut, rasa terbeban serta putus asa untuk tsabat dalam perjuangan. Sungguh, aku malu wahai sahabat-sahabatku tabligh yang istiqomah di jalan dakwahmu. Doakan aku mampu mencontohimu menjadikan dakwah Rasulullah teladan kita.

# Teguran ikhlas dariku untuk diriku sendiri, diri tuan-tuan karkun(tabligh) & mana-mana insan atau jemaah yang berdakwah, ada yang mengata kita berdakwah tanpa ilmu, maka mari kita same2 mencari ilmu & beramal. Yang cuma tahu mengutuk dan mencari kesalahan orang mohon henti-hentikanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan