Selasa, 24 November 2009

Jangan Mengeluh!!

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Kalu masih nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji


Posted at 05:07 pm by Ukhwahfillah

Sabtu, 21 November 2009

MENGINGATI MATI

- SEKADAR PERINGATAN BERSAMA -

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.


Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.


Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.


Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.


Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.


Firman Allah Taala: Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)

Khamis, 19 November 2009

Kita, Dunia dan Akhirat.

Assalammu'alaikum warahmatullah hiwabarokatu...

Alhamdulillah,syukur dirafa' (dipanjatkan) kepada Allah S.W.T. Rabbul Jalil Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Atas kurniaan,hidayah,taufiq serta 'inayahNya dapat jua diri ini kembali mencoretkan sesuatu dalam blog ini.Selawat dan salam kuhadiahkan buat junjungan mulia,kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w. rahmatul 'alamin.Tidak lupa jua buat para sahabat beserta ahli keluarga Baginda,tabi' tabi'in,salafus-soleh yang menyambut tugasan khalifah,para syuhada' yang menyambung sirah Islamiyyah dengan nyawa dan darah mereka.Atas asbab usaha mereka,Islam dan Iman kita nikmati kini.Alhmdulillah.

Duhai teman-teman seperjuangan sekalian.Daku yakin bahawa setiap manusia itu (secara fitrahnya) memang inginkan kepada kebaikan.Masing-masing ingin yang terbaik bagi diri masing-masing.Semua orang inginkan markah tertinggi dalam setiap exam paper yang diambil,inginkan pakaian yang paling baik bagi dirinya,makanan yang paling lazat,pasangan hidup yang paling kacak/cantik/baik.
Segala-galanya yang terbaik(jika boleh) kerana itulah fitrah manusia.Maka demi segala yang baik ini,manusia telah melakukan pelbagai usaha(efforts) bagi memastikan apa yang terhajat dihati tertunai manjadi kenyataan.Bersungguh-sungguh.

Dan kita juga berusaha menjauhi perkara-perkara yang tidak kita sukai,sebagai contoh,gagal dalam exam,memakai pakaian yang hodoh serta lusuh dikhalayak ramai,makan makanan yang telah luput tempoh selamatnya(expired)dan sebagainya.Kita meletakkan pelbagai usaha untuk semua ini.

Namun,sedarkah yang kita tidak tinggal di dunia ini buat selama-lamanya?

Sebagai orang-orang yang beriman dan bertaqwa,kita percaya bahawa kita dalam perjalanan menuju ke alam yang baqa’(kekal).Tiba masanya kita pasti pergi meninggalkan alam yang fana’(sementara) ini.Di sana,final destination untuk kita hanya dua;syurga ATAU neraka yang Allah sediakan.Sebagaimana tuntutan fitrah yang kita bicarakan tadi,kita berkehendakkan yang terbaik di dunia.Tidakkah kita jua mahukan yang terbaik di akhirat sana? Jannah? SyurgaNya yang tiada tandingan dan bandingan.Yang didalamnya terkandung segala nikmat yang tidak pernah dibayangkan oleh minda manusia yang terhad keupayaannya ini.Seperti mana firman Allah S.W.T dalam Al-Furqan:

“Sesungguhnya bagi orang yang bertaqwa disediakan syurga tempat meraka beroleh apa yang mereka ingini:Kebun-kebun dan pokok-pokok anggur,dan gadis-gadis remaja yang cantik dan sebaya,dan gelas-gelas yang penuh minuman yang bersih menyilau.Di sana tidak terdengar perkataan yang sia-sia dan tidak pula kata-kata dusta.Sebagai balasan dari Tuhanmu,dan sebagai kurniaan yang setimpal.”

(Surah An-Naba’:31-36)

Apa pula usaha kita untuk ke syurga Allah S.W.T.?Jika untuk hal-hal yang bersifat fana’(sementara) tadi kita telah berhempas-pulas,berusaha untuk menggapainya,bagaimana pula halnya dengan hal yang bersifat baqa’(kekal) ini?

Ya Allah,betapa sedikitnya masa yang daku peruntukkan bagi mencari keredhaanMu…

Apa pula usaha yang telah kita lakukan untuk menjauhi perkara yang paling tidak diingini oleh mana-mana makhluk yang dicipta Al-Khaliq; NERAKA?

Adakah usaha kita untuk menjauhkan diri dari nerakaNya itu dengan memperhambakan diri dalam percintaan kita dengan teman lelaki/wanita kita?
Yang bukan mahram kepada kita.Yang belum pun pasti menjadi pasangan hidup kita yang sah.Keluar berdua-duaan,berpegangan tangan?

Atau
dengan menonton pelbagai rancangan di kaca televisyen yang memang direka untuk melalaikan dan membelai nafsu kita atau dengan permainan computer(computer games)?

Adakah komitmen yang kita berikan untuk mengikuti perkembangan terperinci Malaysian Idol,Akademi Fantasia,Mentor,dan pelbagai lagi rancangan hiburan(yang menjauhkan seorang hamba dengan Tuhannya).

Adakah dengan keprihatinan kita (yang mengatasi urusan-urusan akhirat) terhadap kehidupan para artis dan aturan perlawanan bola sepak?

Adakah dengan memakai pakaian yang tidak mengikut lunas-lunas syarak?

Atau dengan kesanggupan
berjaga(qiam) malam(al-lail) semata-mata untuk menyaksikan 22 orang berlari-larian dalam sebuah petak hijau mengejar sebiji bola?

Adakah dengan segala hal yang kita lapangkan masa untuknya ini akan mendatangkan manfaat kepada kita di dalam kubur nanti?Di akhirat kelak?Tika disoal Allah di hadapan Al-Mizan?Tika tiba giliran kita meniti di atas titian sirat?

Firman Allah:

“Ingatlah,pada suatu hari Allah mengumpulkan kamu, pada hari berhimpun seluruh manusia,itulah hari dimunculkan segala kesalahan….”

(Surah At-Taghabuun:9)

Dan renungilah firmanNya yang lain:

“Apabila langit terbelah,dan bintang-bintang jatuh berserakan.Apabila lautan pecah bercampur-baur,dan apabila kubur-kubur dibongkarkan.
Maka,setiap orang sedar akan hal yang telah mereka lakukan dan yang telah mereka lalaikan.”

(Surah Al-Infithaar:1-5)

Dan lagi:

"Hampir sahaja Neraka Jahanam meledak kerana geram.Bila satu kelompok dimasukkan ke dalamnya(neraka),penjaga Jahanam selalu bertanya kepada mereka:'Apakah tidak ada seorang pemberi peringatan yang datang kepadamu?'Mereka menjawab:'Bahkan!Telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan,tetapi kami dustakan,kami katakan Allah tidak menurunkan apa-apa.'Dikatakan:'Kamulah orang yang dalam kesesatan yang sangat besar."

(Surah Al-Mulk:8-9)

Mana perginya rasa berdosa dengan Allah S.W.T.?
Ke mana hilangnya rasa malu dengan Tuhan Yang Esa?

Tidak adakah tujuan kita hidup di dunia ini?
Ada.Allah telah memberitakan sedari awal lagi dalam kalamNya yang bermaksud:

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”

(Surah Adz-Zaariyat:56)

Dan ingatlah pesan Imam al-Ghazali (yang ditegaskan di dalam pengajarannya)ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA!

“Ya Allah,
Ampunilah segala dosa-dosa kami.Sama ada dosa yang kecil mahupun yang besar,yang zahir mahupun yang batin,yang kami sedar mahupun tidak,yang kami lakukan dengan bersungguh-sungguh mahupun tidak.Ampunankanlah segala dosa kami yang hanya ada pada pengetahuanMu yang Maha Mengetahui.

Ya Allah,
Kau berilah kami peluang untuk bertaubat sebelum pulang menghadapMu.
Kau curahkanlah rahmatMu semasa matinya kami,dan kurniakanlah keampunanMu setelah itu.

Ya Allah,
Tambahkanlah rasa kehambaan kami kepadaMu,rasa kasih dan rindu kami jua padaMu Yang Esa.Ameen Ya Rabbal `Alamiin.”

Moga coretan ini menjadi peringatan(tazkirah) yang membawa manfaat. Ampunan kupohon dariMu Illahi,atas kesilapan atas kejahilan hambaMu yang kerdil ini.

Wallahu Waliyyut Taufiq.
Al ‘Abdan Al-Faqiran ila ‘Afwi Rabbihi.

Rabu, 18 November 2009

10 Alat Penting Ghazwul Fikri

Kerusakan akhlak yang diakibatkan oleh berbagai program tayangan TV bukan isapan Jempol, Ghazwul Fikri adalah sebuah projek besar musuh-musuh Islam yang dilancarkan melalui berbagai media TV. Berikut ini penjelasannya.

Realiti sesungguhnya acara televisyen di negeri ini hampir semuanya melanggar syari'ah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya Kategori Acara TV dan Media Cetak Haram di Indonesia. Celakanya, ummat yang majoriti ini seolah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang dilancarkan musuh-musuh Islam lewat 'kotak ajaib' itu.

Abdurrahman membuat 10 kategori acara televisyen dan media cetak yang merupakan sebahagian dari strategi ghazwul fikri, dan karenanya haram ditonton oleh kaum Muslim:

• Membius pandangan mata. Banyak disogokkan wanita-wanita calon penghuni neraka dari kalangan artis dan pelacur. Mereka menjadikan ruang redaksi bagaikan rumah bordil yang menggelar zina mata massal.


• Pameran aurat. Saluran televisi berlomba-lomba menyajikan artis-artis, baik dengan pakaian biasa, ketat, pakaian renang, sampai yang telanjang. Penonton diajak untuk tidak punya rasa malu, hilang iman, mengikuti panggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.

• Membudayakan ikhtilat. Sekumpulan laki-laki dan wanita yang bukan muhrim, bebas bergomol jadi satu tanpa batas. Tayangan semacam ini tak ubahnya membuka transaksi zina.

• Membudayakan khalwat. Kisah-kisah percintaan bertebaran di berbagai acara.

• Frekuensi suguhan kisah-kisah pacaran dan kencan makin melegitimasi budaya khalwat.


• Membudayakan tabarruj. Banyak pelaku di layar kaca yang mempertontonkan bahagian tubuhnya yang seharusnya ditutupi, untuk dinikmati para pemirsa.

• Mengalunkan nyanyian dan musik setan. Televisi banyak menyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina yang diiringi alunan alat musik setan.

• Menyemarakkan zina. Sajian dari luar negeri maupun lokal yang banyak menyertakan adegan peluk, cium, dan ranjang membuktikan bahwa televisi adalah corong zina. Aksi zina yang menyeluruh, baik zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dan kemaluan.


• Mempromosikan liwath (homoseksual). Para artis dan selebritis yang mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup modern dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di bawah payung hak asasi manusia.

• Menebarkan syirik. Televisi banyak mengekspos praktik pedukunan, mistik, ramalan, dan sihir yang dapat menghancurkan aqidah ummat.

• Tenggelam dalam laghwun. Acara-acara yang tak ada manfaatnya banyak disuguhkan untuk pemirsa, misalnya gunjingan tentang kehidupan pribadi selebriti dan humor berlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal yang justru penting seperti dzikir kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala.

Isnin, 16 November 2009

10 wasiat Hasan al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Ahad, 15 November 2009

KASIH SAYANG ALLAH

By : Hamba Allah
To : All

A’uzubillahiminashaitoonirrijim…
Bismillahirrahmaanirrahiim…

Alhamdulillahirabbilalamin, wasoolatuwassalam ala rasulikalamin, Asyhaduan la ilaaha illa allah wa asyhadu anna muhammadan abduhu warasululuh, la nabiyya ba’dah. Allahummaftah alaina hikmataka wansyuralaina minkhozaainirohmatika ya arhamarrohimin…

Laa haula walaa quwwata illa billahil adzim…
Hasbiallahu laa ilaahaillahu alaihitawakkaltu wahua rabbul arsyil kariim…

Allah berfirman dalam kitabnya, surah al-baqarah(2) ayat 195, ayat yang juga dipakai oleh sesetengah ulama’ yang membicarakan masaalah hukum merokok,
“Dan belanjakanlah hartamu dijalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya allah menyukai orang yang berbuat baik”

Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian, Allah amat mengasihi kita dan kerna kasih dan sayang Allah itulah kita diberikan petunjuk dan hidayahnya agar kita tetap tegar melalui hari-hari dalam kehidupan kita sehingga kini, agar kita tetap menjalankan perintahnya, agar nantinya kita akan beroleh ganjaran olehnya di syurga dan dijauhkannya dari azab neraka...

Allah amat sayang kepada kita, bahkan setelah berkali-kali kita terjatuh kedalam lubang dosa dan ma’siat tetap saja kita diberikan peluang sekali lagi unutk bertaubat, meminta maaf di atas segala dosa yang kita lakukan. Dan untuk memohon keampunan itu kita hanya perlu bermodalkan sedikit usaha, sedikit kesedaran, sedikit keinsafan dan ditambah dengan amalan... sedang kaum israil taubatnya adalah dengan membunuh diri.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya ada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia berkata “Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunilah aku!” Maka tuhannya berfirman, hambaku tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghukumnya, lalu diampuninya”, kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut kehendak Allah. Kemudian dia melakukan dosa lain, lalu berkata “Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan dosa lain, maka ampunilah aku!”. Tuhannya berfirman, “ hambaku tahu dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghukumnya, lalu diampuninya lagi”. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut kehendak Allah. Kemudian dia melakukan dosa lagi lalu berkata “Wahai tuhanku sesungguhnya aku telah melakukan daso maka ampunilah aku”. Tuhannya berfirman “Hambaku tahu dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghukumnya” lalu tuhannya berfirman lagi “Aku mengampuni dosa hambaku maka hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya”.
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
“Demi tuhan yang diriku dalam genggamannya, seandai kamu tidak berdosa, nescaya Allah akan mematikan kamu kemudian Allah mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa kemudian mereka memohon keampunan dari Allah lalu Allah mengampuni dosa mereka.
(diriwayatkan oleh Muslim)
Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah, bertapa Allah menyayangi kita sehingga Allah amat ingin sekali manusia memohon keampunan dari Allah kerna dia ingin menunjukkan kesayangannya kepada hamba-hambanya.

Sehingga Rasulullah pernah bersabda:
“Allah amat suka apabila menerima taubat lebih daripada perasaan gembira kamu apabila mendapat kembali unta kamu setelah unta itu tadi hilang di tengah padang pasir yang luas”
(diriwayatkan oleh Bukhori)

Subhanallah, begitu sayangnya allah kepada kita tetapi kita manusia, hambanya sedikit sekali yang bersyukur dan berterima kasih di atas rahmat dan kasih sayang yang Allah berikan kepada kita.

Ikhwah dan Akhowat rahimakumullah, ana suka sekali untuk mengajak diri ana dan antum semua agar kita sekali lagi merenung kembali utjuan penciptaan kita di muka bumi ini, mengapakah kita sebenarnya diciptakan oleh Allah? Adakah saja-saja sahaja? Adakah cuma untuk kita berusaha mencari kehidupan yang senang, tenang dan lenang sahaja? Atau adakah kita diciptakan demi untuk menguji dimanakah antara manusia-manusia yang telah dilambakkan dengan nikmat-nikmat ini akan bersyukur diatas nikmat yang telah diberikan kepadanya?. Dan apakah soalan semudah ini antum masih memerlukan suatu perbincangan maha besar untuk mencari jawapannya?. Atau masihkah lagi manusia itu dengan alasan demi alasan?( wa kaanal insaanu aksara syai in jadala (18;54), dan sesungguhnya manusia itu makhluk yang paling banyak membantah ).

Kita hanyalah hamba, yang selayaknya hanya menerima keperluan sahja dari tuannya, tetapi tuan bagi manusia itu bukan sahaja bermurah hati memberikan pelbagai nikmat kepada hamba-hambanya, malah dia telah menunjukkan jalan keluar dari siksa, petunjuk dan jalan hidup manusia, skema jawapan yang hanya perlu diikuti, tetapi sedikit sekali manusia itu bersyukur. Sedikit sekali manusia yang melakukan sesuatu kerana tuhannya, malah sangat sedikit bilangan manusia yang mengingati tuhannya, bagaimana lagi kita hendak mengira bilangan manusia yang menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah S.W.T.

Kalian sering bersenang-senang dengan tugasan kalian sebagai hamba, bagaimana kalian hendak memohon belas ehsan dari Allah, tuhan kalian?, bagaimana pula kalian berasa tenang dengan azab neraka sedang keimanan dan amalan yang entah bagaimana hendak dikategoriskan?, bagaimana kita semua merasa tenang merasa bahgia di dalam hidup kita, atau bercita-cita mempunyai hidupan yang tenang tenteram, sejahtera bahagia, aman harmoni sedang dihadapan kita, contoh para pendahulu dijanji syurga mana yang pernah ditemui hidup tenang saja-saja? Aman tenteram saja?. Maafkan ana kalau ana salah, tapi ana bercita-cita untuk hidup dalam keributan, angin taufan yang mana akan menyusahkan diri, lalu ana tetap dalam keadaan beriman, dan diakhirat nanti boleh ana menjawab dihadapan allah, aku telah berusaha, aku cuba untuk mencontohi pendahuluku, meskipun aku kadang-kala gagal dan tersungkur, aku tetap cuba ya allah, aku tetap cuba melawan arus jahiliyyah itu dengan mengatakan rabbunallah. Aku tahu diriku tak mampu melawan ribut itu, tapi aku yakin dengan bantuanmu. Aku tahu bahwa semua amalanku itu tak layak untuk aku jadikan apa-apapun dihadapanmu kerna semua itu dilakukan dengan bersumberkan KAU ya Allah, tubuhku, akalku, ilmuku, hartaku, hidupku dan segala-galanya adalah milikmu. Maka terpulang padamu apakah kau ingin meletakkanku bersama siapa ya Allah.

Allahu Akbar ...
Allahu Akbar ...
Allahu Akbar ...

“Maka berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang muttaqin.

Yaitu orang-orang yang berinfak di waktu lapang mahupun di waktu sempit, yaitu orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah menyukai para muhsinin.

Dan mereka yang apabila melakukan kejahatan atau kedzoliman terhadap diri mereka sendiri mereka ingat kepada Allah lalu mereka memohon keampunan dari Allah dari dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat memberi keampunan selain allah? Dan mereka tidak mengulang apa yang mereka perbuatankan itu, sedang mereka mengetahui.

Mereka itu mendapat balasan berupa keampunan dari tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka tinggal selama-lamanya didalamnya, dan itulah sebaik-baik balasan orang yang beramal”
(Surah ali-imran(3) ayat 133-136)

Ikhwah dan Akhowat yang dirahmati allah, sekali lagi ana suka untuk peringatkan diri ana sendiri seterusnya kepada kalian, bahwa yang bercakap itu mengambil suatu tanggungjawab untuk berbuat terlebih dahulu dari yang mendapat pelajaran dan yang diperingati. Allah berfirman dalam surah as-Soff(61), ayat 3, “amat besar kemarahan (kemurkaan) Allah terhadap orang yang bercakap tetapi tidak berbuat”. Bahwa ana tidak lain tidak bukan, cuma ingin mengingatkan diri ana kembali, sekaligus memperingatkan antum.

Dan yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri hamba yang dhoif lagi lemah ini. Dan sebenarnya semua itu datang daripada Allah (4:78-79). Mudah-mudahan kita mengambil yang baik dan meninggalkan mana yang buruk, Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh.

Nasihat Imam Syafie Mencari Sahabat

TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.

Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya rodazaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.


Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sabtu, 14 November 2009

PISANG DAN HATI

Assalamualaikum...


Rusini, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Rusini. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Cikgu Rusini sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Rusini. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Rusini.

Cikgu Rusini mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Jumaat, 13 November 2009


PERJALANAN YANG MASIH JAUH

Hari-hari yang berlalu tak dapat kuhitung berapa kerapkah aku khusyuk mengadap-Nya..
Bukan kerana terlalu banyak,,,
Tapi kerana jumlahnya sifar!!!!!

Ya ALLAH.. Tunjukkan aku jalan menuju-Mu..
Kuingin Kau sentiasa dihatiku..
Kuingin Kau jadi Penunjukku..
Juga sebagai teman istimewaku..