Selasa, 28 Januari 2014

UJIAN KE TEGURAN!?



"Akhi, ana dengar antum H..  T.. betul ke?"
"Astaghfirullah, tak tahulah akhi. Ana tak sangka ada yang kenal ana lebih dari ana kenal diri ana."

"Apa antum buat lepas dapat tahu?"
"Mulanya ana terkejut, nak melenting, rasa nak buat macam-macam sampai rasa nak panggil Malaikat tolong offer macam yang ditawarkan pada Rasulullah semasa dihalau di Ta'if. Hati ni rasa macam dikeluarkan dari jasad. Lumpuh jiwa ana sebentar."

"Malaikat mana yang datang? Huhuhu..."
"Bukan Malaikat, setan yang datang rupanya menghasut. Terus ana istighfar. Muhasabah balik. Agaknya Allah nak tegur maksiat ana buat kot."

"Jadi nak buat macam mana sekarang?"
"Ana usahakan berukhuwah dengan mereka. Semoga Allah permudahkan. Selebihnya kita serah pada Allah. Jom doa berjemaah."

Ya Allah, Rabb Yang Maha Mengetahui. Kau tempat kami mengadu. Ampunkanlah dosa kami kesalahan yang sengaja atau tak sengaja dan yang kami sedar atau tak sedar. Andai kami mati, jangan Kau dedahkan kami jemaah apa atau parti apa takut nanti jenazah kami tak diterima. Matikanlah kami dalam keadaan kami Islam, mati syahid kami harap-harapkan!