Sabtu, 2 Julai 2011

Kenapa Aku di sini?

Hampir sebulan aku di sini. Pelbagai kerenah rakan-rakan kujumpai. Masing-masing ada haluan dan lifestyle sendiri. Aku pun dengan hidupku, mereka dengan dunia mereka. Dalam diam aku menganalisa setiap watak yang kujumpai. Mereka berlatar belakang berbeza antara satu sama lain. Ada juga yang hidup bergerak ke sana sini berkumpulan, ada juga berdua-duaan dan tak kurang juga solo sentiasa. Aku cuba masuk mana-mana yang kujumpai walaupun bukan kesemuanya. Ada yang menerimaku dengan hati terbuka dan tak kurang juga dengan penuh prasangka. Prasangka yang penuh tanda tanya.
A: Saudara macam baru di sini. Sebelum ni belajar di mana?
Aku: Ya ana baru di sini. Sebelum ni di Sri Iskandar.
A: Sri Iskandar? UiTM ke?
Aku: Emmm..dekat situ la..
Mulalah dia beritahu yang dia ada kawan di situ. Aku Cuma mengiakan sahaja.

Kalau yang selalu jumpa di masjid atau terpandang aku membaca quran, mesti dia….
B: Menghafal ke? Anta dulu sekolah agama di mana?
Aku: Bukan, ana Cuma membaca. Ana tak sehebat anta, hafiz. Membaca jela setakat yang mampu. Ana sekolah biasa je di Kuala kangsar, bukan sekolah agama pun.

Cuma yang menarik pada satu malam tu selepas solat isyak ketika aku nak jumpa Ustaz Azmi, penceramah yang ikhwah undang untuk Kuliah Raudatul Ilm di Surau Tasik Putra. Sewaktu menunggu Ustaz Azmi menjamu selera tiba-tiba datang seorang student hampir sebaya denganku menyapa.
Razif: Assalamu’alaiku wbt..
Aku: Wa’alaikummussalam wbt..
Razif: Anta pelajar kolej ni? Ke bekas pelajar?
Aku: Ana baru di sini akhi. Maharah 1. Baru je masuk sini.
Razif: Owh, ana ingatkan bekas pelajar. Tak pernah nampak anta sebelum ni. Sehari dua ni je ana lihat anta sorang-sorang di sini.

Aku ingatkan aku je yang memperhatikan dia sebelum ni. Rupa-rupanya dia pun memperhatikan kewujudanku. Siapa nak tajmik siapa ni huhu..
Razif: Ana sebenarnya baru kembali sambung belajar. Ana extend setahun kalau nak ikutkan yang sepatutnya ana grad tahun ni.
Aku: Owh,ana pulak ambil Syari’ah. Anta berapa semester lagi tinggal?
Razif: Sama la kita. Ana pun dulu ambil Maharah 1 juga. Macam anta, ana dulu pun tak ada basic bahasa Arab. Insya Allah ana semester depan last. Bt the way kalau nak minta ana tunjuk ajar apa-apa berkaitan Syari’ah bolehla hubungi ana.
Aku: Insya Allah. Ana pun mencari-cari senior yang boleh bagi tunjuk ajar.

Disebabkan Ustaz Azmi belum sesuai untuk kutemui, kami bercerita panjang. Dari latar belakang masing-masing hinggalah ke cita-cita selepas tamat pengajian di kolej ni. Aku mengajaknya ke bilikku memandangkan kedudukan bilikku lebih nudah dicapai berbanding biliknya yang terletak di aras tiga.
Memang dia seorang Sanguinis yang Popular. Satu ayat kutanya, berjela-jela dia jawab. Tiba-tiba kawannya datang bertandang di bilikku. Rashid namanya, sudah grad tapi tengah menguruskan clearance yang belum settle. Razif ketika itu sudah penat bercakap lalu tidur di katil roommateku yang belum tak kunjung tiba setelah pulang ke rumah minggu sudah. Malam tu pertama kali aku berteman di bilik. Rashid masih belum meninggalkan bilikku. Kami selalu bersua muka dan berbual tapi malam tu baru kutahu namanya Rashid. Aku sedar dia cuba mengambil tahu siapa sebenarnya aku. Namun, cukuplah dia tahu aku juga pelajar di kolej itu. Cuma aku lebih tua berbanding ahli batchku yang lain.
Rashid: Anta tinggal di Seri Iskandar tapi berasal dari Terengganu?
Aku: Ya, ana dah hamper lapan tahun di Perak. Lima tahun di Kuala Kangsar dan 3 tahun di Seri Iskandar. Kalau ada jodoh, berumah tangga di Perak kot..
Razif: Anta kan dapat SPM ok. Kenapa tak apply UIA atau mana-mana IPTA lain?
Aku: Ana tak nak pergi jauh dari Seri Iskandar. Kawan-kawan ana semua di sekita Perak jadi ana memilih kolej ni, satu-satunya kolej Islam yang ana tahu.
Rashid: Time belajar kat sana dulu, anta aktif dengan jemaah apa?
Aku: Jemaah..hmmm kat sana banyak jemaah. Ada ISMA, KARISMA, Tabligh dan yang paling besar dan aktif adalah Rakan Masjid. Ana tak join mana-mana pun. Ana lebih banyak join program motivasi dengan syarikat yang ana dan kawan-kawan tubuh sendiri. Kami pun ada syarikat ayng terbitkan majalah sendiri. Nah, tengokla tu majalah Sinergi.

Rashid: Wow, anta buat projek buku! Menarik juga buku ni tapi tak pernah nampak pun buku ni.
Aku: Ya, masih baru. First edition bulan Ogos tahun lepas. Sekarang ni baru edisi ke-5.
Rashid: Anta tak buat promotion ke? Kalau nak tampal poster, baik anta jumpa HEP dapatkan cop. Insya Allah boleh laku ni. Lagi-lagi kalau budak perempuan.
Aku: Insya Allah nanti ana usahakan.

Ramai tertanya-tanya kenapa aku berada di kolej ni? Kenapa ya? Tak menyesal ke aku berada di sini?
Insya Allah tidak. Aku di sini atas amanah dakwah. Bukan kerana sesiapa yang memaksa tetapi atas pilihan hati sendiri hasil istikharah. Demi meraih redha Ilahi, perjuangan tetap akan kuteruskan. Setiap ketentuan-Nya pasti ada hikmah. Dakwah memerlukan da’i yang bersedia berkerja bila-bila masa. Misi aku masih jauh.