Jumaat, 14 Mei 2010

Kembalilah ya akhi..

Rasanya baru semalam kumengenalmu,
Kesungguhanmu terserlah mahu membina objek dakwah,
Senyumanmu mekar bak da'ie yang makin meningkat usianya,
Gerakanmu searus putaran roda dakwah,
Sapaanmu kuingat layaknya seorang murobbi..

Kau insan yang kukenal seorang yang tabah,
Terus berjuang tanpa mengenal lelah,
Kreatifnya engkau masya Allah,
Adanya engkau terus selesai masalah..

Kau pernah menasihatiku,
Kau pernah mengajarkanku,
kau pernah membimbingku,
Bahkan kau selalu menegur aku..

Kau seorang super master-mind,
Pandai menganalisis dan juga merancang,
Pandanganmu jauh kehadapan,
Hingga kuyakin kau mesti menang..

Tapi...
Mengapa kau harus berubah!
Seolah-olah tak pernah kukenal dirimu,
Kau bagaikan langit dengan bumi,
Tak lagi seperti dulu..

Cerita tentangmu sukar kuterima,
Kutolak dan kusangkal dengan penuh tanda tanya,
Andai masa boleh kuputar,
Pasti ku takkan benarkan dirimu begini..

Ya akhi,
Masih belum terlambat untukmu kembali,
Pejalanan baru saja hendak bermula..
Kembalilah..
Hentikan tangisanku ini,
Moga bertemu cinta kita di Syurga..