Jumaat, 26 Julai 2013

RAMADHAN DATANG LAGI..

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dengan Ramadhan tahun ini. Setiap kali menjelang bulan yang mulia ini, pasti semua mempunyai harapan dan impian tersendiri. Ada yang bercita-cita memperbaik kualiti diri, bulan berjimat, period menguruskan badan dan macam-macam. Bahkan ada yang mengambil peluang mengaut keuntungan perniagaan di baazar, pusat pakaian, kuih-muih dan sebagainya.

Kanak-kanak pun turut sama nak berpuasa. ada yang berlumba-lumba siapa puasa penuh dapat hadiah paling lumayan atau dapat pujian dari guru dan rakan-rakan. Sayangnya, sesetengah ibu bapa dan masyarakat kadang-kadang tersalah memberi perhatian. Puasa diutamakan tapi solat dilengahkan bahkan ada yang tidak solat. Alasan sibuk, letih dan sebagainya diterima sedangkan solat sepatutnya jauh lebih perlu diperhatikan.

Sedih kadang-kadang melihat kekusutan yang melanda umat. Yang paling utama diremehkan. Solat terawih kita setiap tahun kadang-kadang penuh mengalahkan solat isyak berjemaah. Alangkah bagus kalau yang wajib ini dilayan sewajarnya..