Jumaat, 12 Februari 2010

KEKAYAAN, KEJAYAAN & CINTA

Suatu hari seorang wanita baru pulang ke rumahnya dan dia melihat ada tiga orang lelaki berjanggut berdiri di halaman. Setelah diamatinya, ternyata dia tidak mengenali siapakah lelaki-lelaki itu.

Lalu wanita itu berkata “ Aku tidak mengenal anda semua, tapi aku yakin yang anda semua pasti sedang lapar. Marilah ke dalam, rasanya aku ada sesuatu yang boleh dijadikan alas perut.”

Salah seorang lelaki berjanggut itu bertanya pula kepada wanita itu, “Apakah suamimu sudah pulang?”

Wanita itu menjawab, “Belum, dia sedang keluar.”
“Oh… kalau begitu, kami tak ingin masuk,” balas lelaki-lelaki itu. “Kami akan menunggu sehingga suamimu kembali,” tambah mereka lagi.

Pada waktu senjanya, ketika keluarga itu berkumpul, si isteri menceritakan kejadian yang berlaku petang tadi. Si suami, awalnya agak bingung dengan kejadian ini, lalu berkata pada isterinya, “Sampaikan kepada mereka, aku telah kembali dan mereka semua boleh masuk untuk menikmati makan malam ini.”

Wanita itu kemudian keluar dan mengundang lelaki-lelaki tadi masuk.

“Maaf, kami semua tak boleh masuk bersama-sama,” kata salah lelaki itu.
“Kenapa?” tanya wanita itu kehairanan.

Salah seorang lagi berkata, “Nama dia Kejayaan,” katanya sambil menunjuk rakan disebelahnya. “Yang ini pula bernama Kejayaan,” tambahnya lagi sambil memegang bahu rakan yang seorang lagi.

“Manakala aku bernama Cinta. Sekarang, cuba tanya suamimu siapa di antara kami yang boleh masuk ke rumahmu.”

Wanita itu kembali masuk kedalam dan menyampaikan apa yang diberitahu oleh lelaki di luar itu. Suaminya pun berasa hairan sambil berfikir.

“Hmm… baiklah, kalau begitu, cuba ajak si Kekayaan masuk ke dalam. Aku ingin rumah ini penuh dengan kekayaan,” si suami membuat keputusan. Namun si isteri tidak bersetuju dengan pilihan itu.

Lalu dia berkata kepada suaminya, “Sayangku, kenapa kita tak undang si Kejayaan saja? Sebab nampaknya kita perlukan dia untiuk membantu meningkatkan hasil usaha kita.”

Dalam masa yang sama anak mereka terdengar perbualan itu. Dia pun turut menyusulkan siapa yang harus dipelawa masuk ke dalam rumah. “Bukankah lebih baik jika kita mengajak si Cinta yang masuk ke dalam? Rumah kita ini akan nyaman dan penuh dengan kehangatan cinta.”

Pasangan suami isteri itu setuju dengan pilihan anak kesayangan mereka. “Baiklah, ajak si Cinta ke dalam. Dan malam ini, si Cinta menjadi tetamui kita.”

Wanita itu kembali ke luar dan berkata kepada ketiga-tiga lelagi itu, “Siapakah di antara kamu bernama Cinta? Mari, silakan masuk,anda akan menjadi tetamu kami malam ini.”

Si Cinta bangun dan berjalan menuju ke beranda rumah. Namun ternyata dua lelaki yang lain turut bangun ikut serta.

Kerana berasa hairan dan ganjil dengan perlakuan mereka, wanita itu bertanya kepada si Kekayan dan si Kejayaan , “ Aku mengundang si Cinta yang masuk ke dalam, tapi kenapa kamu berdua ikut juga?”

Kedua lelaki itu menjawab serentak, “Jika anda mengundang si Kekayaan atau si Kejayaan, maka yang lain akan tinggal di luar, namun kerana anda mengundang si Cinta, maka ke mana pun Cinta pergi kami selalu ikut bersamanya..

Di mana ada Cinta, Kekayaan dan Kejayaan juga akan ikut serta. Sebab ketahuilah sebenarnya kami buta. Dan hanya Cinta yang boleh melihat. Hanya dia yang mampu menunjukkan kita pada jalan kebaikan, kepada jalan yang lurus. Maka, kami perlu bimbingannya saat berjalan. Saat kami menjalani hidup ini….”