Sabtu, 30 Mac 2013

Syahadah, Islam, Syahid......

Salam wbt.....

Semua orang Islam mengucap dua kalimah syahadah..faham ke kita maksud dan tujuan kita duk baca syahadatain ni? Ke baca saja tak tau kenapa kena baca? Atau pun mungkin nak mencukupkan syarat bahawasanya kita ni Islam kot..mari kita sama-sama hayati maksud ayat surah al-Hujurat ni 49:14 (surah 49 ayat ke 14)

Maksudnya, "Orang Badwi berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tapi katakanlah: "Kami telah tunduk (Islam), "keraana iman belum lagi masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tak akan mengurangkan sedikit pun (pahala) amalmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Kawan-kawanku, kalau kita hayati ayat ni sepatutnya kita persoalkan diri kita sebagaimana Allah perintahkan Nabi sampaikan kepada orang Badwi tu. Kadang-kadang kita rasa macam dan cukup beriman, sampai berkeyakinan bahawa syurga dengan kita jarak cuma sejengkal. Da confirm masuk syurga kononnya.    

Perhatikan rutin harian kita, renungkanlah masa silam kita dan cuba sekali-sekala kita perhatikan masa depan kita. Agak-agak kita ni diciptakan untuk apa? Tak mungkin sia-sia kot. (tengok Quran 24:115) Kita Allah jadikan untuk mengabdikan hanya kepada-Nya. (tengok Quran 51:56)

Ikhwah wal akhowat, kawan-kawan yang dirahmati Allah, syahadatain ni penyaksiaan kita akan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Nak buktikan macam mana? Dalam setiap apa yang kita buat. Dari kita bangkit tidur sampai kita kembali tidur semula. Apa yang Allah suruh sepatutnya kita tak perlu lagi beralasan tak nak buat dan apa yang Allah larang, orang yang beriman tak akan berani nak langgar.

Perhatikanlah kehidupan kita, sejauh mana kita mentaati Dia dan sejauh mana kita berbuat untuk Dia. Kita tengok diri kita bila diseru berbuat kebaikan, apa tindakan kita? Contoh simple bila dengar seruan azan. Berapa ramai antara kita terasa terpanggil untuk sahut seruan tu? Kadang-kadang kita lengah-lengahkan nak bersolat terutama sekali subuh. Kita amat berat nak tinggalkan tempat tidur nak mengadap Allah. Belum suruh solat tahajjud! Lihatlah dan renungkanlah sejenak tingkat keimanan kita..kita takut kehilangan dunia, harta, kawan dan lain-lain tapi kita tak takut pun 'kehi;langan' Allah..

Kenapa orang yang mati kerana membela agama Allah digelar syahid? Ada kaitan dengan syahadah ke? Sama-sama kita search...tapi pada pendapatku tentu ada kaitannya. Syahid sebagai bukti syahadah. Para syuhada mati kerana yakin mereka berbuat Allah..nak syahid tak? Tanya iman dulu sanggup ke tidak. Kalau semudah solat berjemaah pun kita tak sanggup, nak korban waktu tidur solat subuh pun payah nikan nak bermimpi berkorban sebagai syuhada.. Renung-renungkanlah...