Ahad, 24 Julai 2011

Duhai Adik, Kasihanilah...

Perkongsian dari seoarang ikhwah...

“Tolongla balik tengokkan adik ni..” rayu ibuku.
“Apa yang mampu abang buat mak? Bukannya kepulangan abang nanti mampu buat adik berubah pun.” Kataku nada putus asa.
“Dia hanya dengar kata-kata abang. Takut kalau dibiarkan makin teruk budak tu.”
“Tengokla mak. Kalau dapat lapangkan masa nanti abang balik”
Apa nak jadi adikku sorang ni. Sejak ayah pulang ke rahmatullah macam-macam hal dibuatnya. Jenuh aku mendengar rintihan ibu, Kak Long dan adik-adikku yang lain. Planner kuambil dan kucari kekosongan. Paling awal minggu depan, selasa aku free. Kesibukan dakwah mendesakku menangguh masa untuk pulang ke kampungku. Aku kasihankan ibuku yang terpaksa bekerja keras membanting tulang sejak peningalan ayah. Kakak sulungku masih belajar. Aku, anak lelaki sulung ibu harapkan untuk menggantikan peranan ayah membimbing adik-adik. Adik-adikku empat orang kesemuanya. Tiga perempuan dan satu lelaki. Adik-adik perempuanku tak bermasalah Cuma adik lelakiku saja yang banyak memeningkan kepala.
“Akh, antum pilihlah nak jaket mana. Ana belanja untuk hadiah harijadi antum yang lepas.” Kataku pada seorang ikhwah yang lebih junior dariku. Ikhwah junior semua kuanggap seperti adikku sendiri walaupun kami kalau bergaul macam tiada beza usia.
“Antum pilihkanlah. Ana tak dapat nak pilih yang mana.”
“Aduhai, orang nak bagi percuma pun payah. Antum pick je yang mana satu. Ana bayarkan.”
“Antum pilihla, please! Ana redha pilihan antum. Antum kan abang ana.”
Sebutan ‘abang’ amat menyentuh hatiku. Inilah ukhuwah. Walaupun tiada ikatan darah tapi hubungan kami bagaikan satu keluarga. Kalaulah adik kandungku pun dapat nikmat ukhuwah sebegini, tentu dunia ni seperti syurga.
Ooppsss! Terlupa tiket! Berkali ibuku pesan cari tiket balik. Terus aku ke kaunter. Hari Jumaat ada program sampai ahad pagi. Petang nak kena follow up sekolah pulak. Hmmmm, malam jelah.
“Assalamu’alaikum, nak cakap dengan mak”
“Wa’alaikummussalam. Jap ek, nak panggil mak kat dapur.” Adik perempuanku darjah 4 mengangkat panggilanku.
“Bila balik?” soalan pertama ibuku. Tak sempat aku nak bertanya khabarnya.
“Insya Allah paling awal Ahad malam ni.”
“AHAD? Kenapa tak balik esok je..”
“Esok tak dapatla mak. Tengokla tiket paling awal kalau abang dapat nanti abang bagitau mak. Teruk sangat ke perangai adik tu?”
“Dia dah tak nak dengar kata sesiapa. Elok-elok hantar ke sekolah mintak nak balik. Macam-macam alasan dia bagi. Demamla, sakit itu sakit ini. Bawak balik rumah kata dah tanak duduk asrama.”
“Kalau abang balik pun, apa abang boleh buat mak?”
“Abang satu-satunya orang dia dengar cakap. Pujukla dia suruh jangan buat perangai.”
“Mungkin abang balik dia dengar kata tapi sampai bila? Kalau abang tak ada kat rumah tentu dia buat hal juga mak”
“Baliklah dulu. Cakap dengan dia elok-elok. Nasihati dia, ayah dah tak ada. Suruh dia jadilah anak yang baik dan mendengar kata.”
“Tengoklah mak. Abang cuba balik seawall mungkin.”
Kadang aku pelik. Aku berhalaqah dengan budak sekolah. Setiap minggu aku berdepan dengan mereka. Aku ajak mereka untuk jadi baik, soleh bahkan musleh tapi…..
Kenapa adikku tidak tersentuh?
Malam tu aku bertolak pulang. Aku sendiri kabur dengan apa yang aku akan kulakukan terhadap adikku. Wajarkah aku bagi sepak terajang sepertu dulu? Apakah itu boleh nengubahnya? Aku mengeluh sendiri. Ya Allah, apa yang harus kulakukan?
Sesampainya aku di rumah terus terbaring kepenatan. Apa tidaknya tidur dalam bas sungguh menyakitkan badan. Sedang enak berehat tiba-tiba telefonku bordering..
“Assalamu’alaikum, ni Ku Abdullah ke?” terdengar suara perempuan di hujung talian. Unknown number so aku ingatkan staf pejabat. Aku cuba mengingat pejabat mana pernah aku berurusan.
“Wa’alaikummussalam wbt.. Ya saya Ku Abdullah.”aku masih teragak-agak siapakah pemilik suara tersebut.
“Makcik ni ibu kepada Aziz. Adik ni kawan dia ke?”
“Owh ibu Aziz. Macam mana makcik dapat nombor saya?”
“Aziz tukar hanset. Makcik terjumpa nama adik dalam hanset lama dia ni.”
“Owh, begitu. Bukan apa. Saya pelik tiba-tiba ibu kepada kawan saya boleh memiliki nombor saya. Apa boleh saya bantu ye?”
“Anak makcik si Aziz tu baru-baru ni ada bagitau makcik, dia nak berpindah sekolah tak nak duk kolej tu. Jadi, kot-kotla adik boleh bantu dia bagi dia semangat supaya teruskan belajar di situ.”
“Owh, tak sangka pula saya. Nampak luaran ok je rupa-rupanya perasaan dia memberontak nak pindah.”
“Dia memang macam tu. Depan kawan-kawan boleh macam tak ada apa-apa perasaan tapi bila kami mak ayah dia datang, dia selalu mengungkit nak pindah.”
“Tengoklah makcik. Saya cuba dulu setakat mampu. Saya pun setakat boleh bagi nasihat jela.”
“Tu lah harapan makcik. Adik cubalah minta dia berkongsi dengan adik masalah dia. Makcik nak sangat dia habiskan belajar di situ.”
“Insya Allah makcik.”
Hmmmm..masalah adikku pun belum settle nak kena urus masalah orang pula. Aku rasa lucu dengan apa yang aku alami.
Malam tu seperti biasa aku mengajak adikku ke masjid. Nak harapkan dia pergi masjid ketika aku tiada, tunggu bulan jatuh ke ribalah. Aku cuba mengorek kenapa dia nak pindah tak nak duduk asrama.
“Adik, cuba cerita kat abang. Kenapa adik mati-mati nak pindah?”
“Bila pulak orang mati-mati nak pindah! Adik nak pindah hidup-hidup.” Aku serius boleh pulak adik aku ni berlawak.
“Dah bosan abang dengar mak duk telepon abang, Kak Long duk mengadu yang adik tak nak pergi sekolah. Buat-buat sakitla itulah inilah macam-macam alasan adik bagi sebab tak nak ke sekolah. Adik tak kesiankan mak ke? Siang malam kerja cari duit adik susahkan hati mak buat hal macam ni.”
“Adik tak tahan duk asrama. Kawan-kawan selalu ganggu adik. Diorang panggil adik nama pelik-pelik pastu adik marah terus jadi nak bergaduh.”
“Biasala tu life asrama. Gaduh tu dah jadi lumrah tapi janganla pulak ajak kawan bergaduh. Kalau setakat kawan gelar nama itu ini takkanlah adik nak layan. Kalau adik tak amek kisah tentu diorang pun tak buat dah.”
“Bukan kawan-kawan je. Kadang-kadang warden pun sama. Selain tu, barang adik selalu hilang. Buku, baju dan macam-macam lagi. Warden bukannya nak amek peduli pun kalau barang hilang.”
Aku dah mati akal nak pujuk adikku. Lastly aku cakap kemas pakaian esok aku nak hantar dia ke asrama. Nanti jumpa terus siapa yang buat masalah dengan adik aku. Esoknya setelah dikejutkan solat subuh kemudian aku suruh mandi dan bersiap nak ke sekolah. Tiba-tiba..
“Mak, mana adik tak keluar-keluar lagi ke tandas? Dah jam berapa ni kan lambat pulak nak jumpa cikgu dia.”
Mak aku ke tandas tengok adik rupa-rupanya..
“Hmmm dah lari ke mana adik tu. Memang dia ni tak nak sekolah situ.”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Tengah hari itu aku dan adikku ke sekolah. Muktamad! Dapatkan kebenaran penukaran sekolah. Sehari suntuk menguruskan urusan pemindahan rupanya terpaksa sambung pula esoknya. Panas telinga adikku mendengar leteranku. Disebabkannya aku terpaksa pulang ke rumah, ibuku putus asa berfikir yang terbaik untuknya, kakak dan adik perempuanku yang dah bosan berdepan dengan ragam adik lelaki yang seorang ni.
Setelah selesai urusan aku putuskan untuk kembali ke medan dakwah. Ibuku mohon aku ‘taujih’ adikku supaya dengar kata dan berjanji untuk buat segala ‘ketetapan’ ibu dan kakakku.
Sekembalinya aku di kampus, dakwah berjalan seperti biasa. Fokus dakwahku sekarang adalah sekolah yang diamanahkan untukku. Kalau tidak kerana amanah ini, aku mungkin menetap saja di rumah berdakwah family. Ikhwah-ikhwah lain sibuk mengurus dakwah di kampus sambil aku membantu sedikit yang boleh kutolong. Berdakwah membawaku mengenal beragam-ragam perangai manusia. Ada yang sibuk memikirkan cita-cita, karier, awek, pelajaran, bisnes or exactly Score A dan macam-macam lagi. Yang sibuk nal memikirkan dakwah hmmm mungkin satu dalam seribu. Tapi pada masa yang sama masih ada yang berkesempatan menghalang dakwah atau menimbulkan fenomena yang kurang sihat dalam dakwah. Pelik kan dunia ni. Kekadang sesame Islam pun nak bermusuh.
Tak sampai sebulan aku meninggalkan keluargaku, terdengar lagi soseh-soseh tentang adikku.
“Adik dah melampau. Dah berani nak melawan kalau orang melarang.” Mesej dari adik perempuanku.
Tengah sibuk aku menyiapkan modul program dakwah kuterima mesej itu jadi aku tak berkesempatan bertanya apa yang berlaku.
Sejam lepas tu….
“Aku benci betul dengan adik! Dia acu pedang marahkan aku tak bagi dia guna motor.” Mesej dari Kak Longku pula. Aku cuma mampu mengeluh perlahan. Kubiarkan mesej tersebut tanpa membalasnya. Dalam kesibukan, aku berfikir kenapa adikku bersikap semakin buas. Makin memarakkan kebencian keluarga dan yang lebih aku rasakan adalah menambah pening kepala ibuku.
Apa salah keluargaku sampai adikku berubah semakin kurang ajar? Kurang tarbiah? Memang aku tak nafikan adikku tak ditarbiah pun. Hidupnya seperti orang lain. Sesuka hati nak buat apa. Aku dulu tak adalah ditarbiah sangat pun. Nakal tetap nakal tapi senakal-nakal aku, aku pandai jaga diri. Aku tak pernah buat ibu bapaku susah hati memikirkan aku. Tapi adikku seorang ni makin menjadi-jadi nakalnya. Satu faktornya adalah ia dimanjakan tak sepertiku. Halo! Adik-adikku yang lain pun dimanjakan juga tapi mereka yang lain perempuan so tak bermasalah sangat. Tapi adik lelakiku ni hmmm tak tau aku nak tulis apa.
Malam tu aku menelefon rumah bertanya khabar keluarga, bukan untuk ambil tahu tentang apa yang berlaku pun. Tapi..
“Hari tu tak pesan apa-apa ke kat adik tu? Masih tak nak dengar kata orang. Kata dia je yang dia nak orang dengar.”
“Nak pesan apa lagi, mak? Dah berbuih mulut ni tapi kalau dah dia tak nak dengar nak buat macam mana.”
“Adik tu kalau depan abang bukan main baiknya. Macam tak pernah buat masalah. Belakang abang tengoklah, semua orang dia nak berlagak dia tu dah besar.” Kakakku pula meluahkan kata.
Satu saja yang ku sedang fikirkan. SOLUSI!
Nak solusi, mesti kena tau punca ye tak!
Jadi, apa puncanya?
Ku Cuma mampu memgangkat bahu dan geleng kepala.
Malam tu puas ku berfikir sambil bertafakur. Aku harus melakukan sesuatu. Tapi apa dan bagaimana? Hmmm.. aku harus mulakan dengan tarbiah keluargaku. Sambil hatiku berbicara gatal “Ke kena berzaujah dulu!”
Zaujah? Tak pasal-pasal tambah lagi masalah baru mungkin juga. Aku harus bina bi’ah solehah di rumahku. Aku perhatikan sepanjamg aku di rumah, ibuku jarang menekankan adik beradikku bangun awal untuk solat subuh. Bahkan aku pernah gagal mutaba’ah sebab ibuku tak kejutkan aku kononnya aku penat baru balik rumah. Padahal ibuku seawal 4 pagi dah sibuk di dapur. Kakakku pula walaupun dulu sekolah menengah ambil aliran agama di sekolah agama pulak tu tapi tak pun menunjukkan ciri-ciri lepasan pelajar sekolah agama. Ni satu lagi perkara yang kukesalkan dengan budak sekolah agama. Kat sekolah dulu bukan main tapi bila dah tamat sekolah keluar langsung tak ada beza dengan budah sekolah biasa. Kenapa? Tak lain tak bukan sebab tiada tarbiah! Kalau ada pun tak serius. Tarbiah ala kadar atau melepas batuk di tangga.
Jadi solusi untuk adikku ni apa? KELUARGAKU! Masing-masing berperanan. Masing-masing kena perbaiki diri. Siapa nak mula? Aku la kan takkan nak suruh arwah ayahku hidup semula kot. Mungkin apa yang adikku sedang lakukan adalah kerana Allah nak kami anak beranak mengubah diri hidup sebagai Muslim yang sebetul-betulnya. Ibuku harus kuajak berbincang. Adik-adikku harus aku tarbiah. Kakakku harus kuminta tunjukkan contoh untuk diikuti.
Apakah mungkin berjaya? Kalau tak cuba mana nak tahu. Tapi aku yakin firman Allah dalam surah ar-Ra’dhu ayat ke 11.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”