Jumaat, 28 Februari 2014

Lagu Cinta & Sayang!


Sesekali balik rumah, anak yang rapat dengan ibu mesti nak bermanja-manja dengannya. Taknak lepas bergayut bawah ketiak ibu orang kata huhu..

"Sayang sayang ibu, sayang sayang ayah. Sayang! Sayang keduanya."

Teman ibu di dapur yang sedang memasak sambil menyanyikan lagu untuk ibu. Tersengih-sengih tengok ibu sibuk menumbuk cabai sambil mengesat air mata. Potong bawang tadi pun tak tahan asyik meleleh je air mata ibu tu.

"Who's next? Your Mother! Who's next? Your Mother! Who's next? Your Mother! And then your father!" tak berhenti menyanyi sambil menari-nari depan ibu yang tengah kesat air mata pedih dengan aroma bawang & cabai. Tetiba kedengaran ayah pulang dari kebun. Ibu minta tolong si anak ambilkan air minum untuk ayah tapi si anak ni bagi alasan nak mandi pula.

Ibu pun terpaksalah buat sendiri. Dengan bermanis muka, ibu kesat peluh ayah di muka tanda kasih sayang & cinta seorang isteri. Nak menyanyi tak pandai pula. Setelah hilang haus si ayah, si anak keluar dari bilik air. Bangga melihat hubungan ibu & ayah lalu menyanyi lagi.

"Ibu mithali, ibu yang sejati. Kasih sayangmu, disanjung tinggi. Pengorbananmu ......"

"Kamu ni ayah tengok sejak balik rumah, menyanyi je kerjanya! Sayang ibu, love papa, Cinta Rasul, mithali lah bagai! Tolong ibu & ayah tak pula! Kalau betul kamu cintakan ibu, ayah atau sesape je, tunjukkanlah dengan buat sesuatu yang disukainya."

Ibu diam tak mahu masuk campur. Dalam hati ibu, "Alangkah seronok kalau si anak ni tolong ringankan beban ibu & ayah. Bantu apa yang perlu tak perlu disuruh, tak perlu tolak pada adik beradik lain untuk tolong kemas rumah ke, basuh pinggan atau urut ibu & ayah."

Dengan muka masam mencuka, si anak masuk ke bilik menyanyi lagu sedih. Lagu 'Papa Jahat' kot. Teresak-esak di bilik sambil si ibu datang memujuk.

# Duhai kawan, kakak, abang & adik. Kalau benar cintakan seseorang, maka berbuatlah apa yang menyenangkannya, mencontohinya sesuai dengan bagaimana orang yang dicintai itu. Kalau dia seorang rasul pula, buatlah seperti yang telah dilakukannya bukan cuma menyanyi di sana sini, "Aku cinta Rasulullah".