Rabu, 22 Januari 2014

     Sebulan sudah di Mesir..macam2 ragam berlaku. Melihat telatah org Mesir kadang2 x terasa seperti berada di sebuah negara Islam. Ganas2 belake! Huhuhu..lucu juga tengok semua org cenderung utk marah setiap kali walaupun punca remeh temeh. Bergaduh kat mane2 je..lucu nye ade yg gaduh bagai nak rak nak pakai pisau pun ade tapi tetibe baik siap peluk2 senyum2 pastu gelak..tapi ade jugak kalau dah gaduh terus pukul2 sampai bawak geng. Walaupun awalnya satu lawan satu tetibe kawan datang jadi mcm gengster kedua2nya..

     Memang patutla kot Malaysia diiktiraf sebagai negara contoh yang bawa imej Islam kalau kebanyakan negara Islam lain berperangai tidak seperti org Islam. Bukan saje dari aspek akhlak Islam tapi merangkumi aspek keilmuan, pembangunan, ekonomi dan macam2 lagi kita ketinggalan berbanding negara2 bukan Islam.

     Budaya yg kita bawak kebanyakannya budaya jahiliayah. Baik di Malaysia mahupun negara2 Islam yg lain mungkin kalau ada. Kadang2 kita malu sikap org Islam bila nak dibandingkan dengan org bukan Islam. Siapa yg belajar dan ikut Quran dan Sunnah sebenarnya? Ataupun kita cuma memiliki ramai ilmuan @ ulama' tapi kebanyakannya tak beramal? Atau org2 kita lebih seronok jadi qadhi berbanding nak menjadi daie? Suka menghukum dan mencari kesalahan tapi jarang yg nak mengajak ke arah kebaikan apetah lagi nak nak memperbetulkan.

     Semua org nak menyalahkan org lain, menuding punca sesuatu kesalahan adalah akibat si polan dan si polan. Jarang sangat kita nak tengok kesalahan kita. Tak suka dikritik. Mudah beremosi dan melenting. Hilang sudah kesucian akhlak Islam dalam diri kita. Takut untuk berubah. Kita rela belajar dari acuan barat tapi pernah tak kita terfikir untuk mengajak org Barat untuk sekali sekala belajar dari kita? Malunya..

     Ada seorang kawan cerita. Bisner partner dye pergi Australia tengok anak dye kena rawat di hospital kerana mengidap penyakit yg baru dan amat jarang berlaku di sana. Sebut makcikla. Sampai2 di hospital makcik ni disambut di muka pintu oleh seorang nurse dan seorang doktor. Wah, doktor pun jadi penyambut pelawat! Terkejut makcik tu. Kalau di Malaysia belum tentu ade. Kalau ade nurse pun muka masam macam nak makan org. Tau nak halau je.. "Maaf, ni bukan masa melawat!" atau "Tolong jangan ganggu kerja kami!"
Sambung cerita makcik ni. Doktor tu tanya dalam bahasa deme la, "Nak jumapa siapa makcik?" kemudian "Owh, dia. Jadi makcik ni ibunya dari Malaysia ye." Bayagkan doktor tu boleh sebut data anak makcik tu dari nama, asal mana, belajar universiti mana dan cerita keadaan anak makcik tu. Makcik tu selidik2 rupa2nya boleh kata semua kakitangan kenal anak dye. Sampai di katil pun ada nurse2 lain tengah melayan anak dye yang sakit tu berborak sambil makan dan cek keadaannya. Siap puji anak makcik tu dan bagi semangat. Sampai hari nak keluar wad, boleh kata semua kakitangan sedih nak berpisah dengan anak makcik tu. Bahkan ade nurse yg menangis berpelukan dgn anak makcik tu. Doktor situ cerita memang kebiasaan mereka begitu dengan pesakit2. Subhanallah! Org bukan Islam ni. Kita pernah?

     Belum lagi cerita makcik tu di jalan raya. Di Australia, kita tak boleh melintas jalan sesuka hati. Ada denda @ saman. Makcik tu pernah sekali semasa ditemani kawan anak dye nak melintas jalan tapi dinasihati supaya guna jejantas. Tak sangka org Melayu di sana pun terpengaruh ikut arahan. Kalau di Malaysia belum tentu nak patuh huhuhu..cuma masyarakat di situ lebih menakjubkan apabila ada juga yg degil nak melintas, pemandu2 kereta dengan automatik akan berhenti memberi laluan. Semua bukan sebikik keta je..tanda hormat dan concern kot la org tu nak cepat. Dan satu lagi yg membuat makcik tu kagum dan takjub adalah semasa berada di highway. Macam Malaysia kat highway PLUS dan lain2..ade tol ke tak ana pun tak pun tak pasti di Australia ni. Tapi nak dijadikan ibrah buat kita pemandu2 Malaysia dan juga Mesir yg mungkin lebih berhemah huhuhu dalam maksudnye tu..katakan ada dua lorong sehala..biasa satu lorong tak laju dan lagi satu keta laju macam Ustaz Azhar Idrus bawak. Kenapa UAI? Saje je..ramai lagi yg laju tapi UAI kan famous sikit so sebut jela nama dye..ok bayangkan tetibe satu keta tetibe bawak slow di lorong laju yg biasa org melintas. Kalau di Malaysia pemandu termasuk ana sendiri kadang2 huhu akan bagi lampu tinggi. Takde respon tekan lampu tinggi lame sikit atau berkelip2 tak henti2..tak layan juga bagi hon pendek kemudian makin lame makin menjadi2..pastu dengan penuh emosi, marah dalam diri terus memotong ikut lorong lagi satu sambil bagi isyarat marah macam2 dengan tangan ade, penumbuk, jari tengah mungkin kalau berani bukak pintu nak terajang pun ade..tu belum kira yg pandai menyihir, santau, melabel dan sebagainya.

     Tapi anda tau apa sikap Australians? Dengan penuh rasa hormat, mereka cuma ikut dari belakang. Takde main lampu2 atau hon dan jerit atau isyarat pun. Adakah sebab nak jimat minyak? Jimat bateri macam rakyat Mesir yg kadang2 malam2 pun malas bukak lampu? Wahai Syeikh kabir yg agung seagung2nya mereka ni lebih kaye dari kita! Rakyat bahkan ada yg disara. Tapi di negara Islam penuh yg nak kena disara terpaksa mengemis bahkan mencuri dan sebagainya. Macam ceramah lak. Ok, pemandu Australians ni bahkan tak potong ikut lorong slow tu pun! Bukan sebab bodoh mungkin ade sesetengah kita anggap, "Apahal bodoh sangat tak guna jalan kosong tu?" Kalau ikut kajian rakyat deme lagi terpelajar banding kita cuma kita je kadang2 berlagak banyak ilmu. Pantang dicabar. Tapi dyorang tak potong sebab nak hormat pemandu depan yg bawak slow tu. Tak sampai hati dyorang nak potong. Bayangkan kalau dye bawak 60 km/h maka yg laju2 belakang keta tu dah macam beratur kat belakang keta dye. Sampailah pemandu depan tu perasan, "Eh, ade keta." baru dye tukar lorong. Mesir toksoh citerla. Takde peraturan. Sistem "U are what U are." Tak boleh potong kot kiri or kanan, celah2 pun jadi asal boleh potong. Hon tu da jadi hobi. Sampai terbawak2 ke pelajar melayu kita.

     Kesimpulannya apa? Didik org Barat supaya kurang ajar macam kita ke? Yela kan, kita ni kan kalau refer org Barat takut nanti dituduh membawa budaya Barat. Cerita kehebatan Kristian nanti dituduh Kristian. Cerita sumbangan Syiah dituduh syiah. Kadang2 tak kaitkan dengan sesiapa pun tetibe kena tuduh juga sebab nampak mirip2..maka kita pun belajarla dari setan. Kalau cakap kena ikut Nabi, nanti org kate kita ni saje2 nak tunjuk baik, alim bagai manusia bertopeng dan macam2..kemelut apakah yg melanda kita sebenarnya untuk berubah..
Like ·  · Promote ·