Rabu, 14 Januari 2015

TARBIAH, PENTING?

Berjalan pulang dari menelaah madah untuk imtihan esok, Nahu Sorof dengan teman sekuliah sambil merancang masa untuk sambung muraja’ah malam ni. Maghrib memanggil. Terus menuju ke masjid di depan rumah. Usai solat, sambung bacaan Quran. Alhamdulillah, di saat mengharapkan ketenangan di musim imtihan yang biasanya musim penuh tekanan, ayat kalamullah menyejukkan hati yang layu. Benarlah firman-Nya dalam surah ar-Ra’dhu, surah ke-13 ayat 28;

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.”

                Teringat pakaian yang dibasuh semalam perlu diangkat segera di musim sejuk ni. Sampai di rumah disambut teman sebilik meminta pendapat macam mana nak menceritakan keutamaan tarbiah. Sambil mengangkat kain, otak menerawang jauh memikirkan macam mana nak bagi pendapat. Dalam hati, “Boleh tak bincang esok? Nak fikir imtihan dulu sekarang.” Sambil tangan mengangkat pakaian tetiba satu pengepit terjatuh.

“Astaghfirullah!” Entah kenapa terbayang kalau yang jatuh itu adalah jiwa seseorang. Tak sempat diselamatkan. Syukurlah cuma fantasi semata-mata. Terfikir bagaimana nak selamatkan kalau benar-benar realiti! Yang jatuh Cuma sebiji pengepit, boleh beli baru. Tapi kalau satu jiwa bagaimana? Tambah-tambah kalau masa depan di akhirat belum pasti mendapat tempat di syurga.

                Kenapa sibuk nak tarbiah diri? Kalau betul banyak masa, tarbiah diri sendiri sahaja. Tak perlulah nak susah-susahkan diri nak tarbiah orang lain! Allah menjawab dalam firman-Nya;

“Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.”
(al-A’raf surah 7:164)


                Ikhwati, kita tarbiah diri dan mereka untuk selamatkan dari terjerumus ke jurang neraka. Kita nak sama-sama ke syurga! Bersabarlah di jalan ini. Jadilah mereka yang luar biasa, istiqomah di jalan tarbiah. Jangan dekati lubang-lubang yang menjadi kesukaan syaitan dan teman-temannya. Kadang-kadang kita sanggup membayar dengan harga yang tinggi demi menempah tempat di neraka. Sanggup beli tiket konsert pelik-pelik dan melabur untuk ‘games’ dan sebagainya. Tapi jalan menuju syurga yang banyak yang percuma kita pandang sebelah mata.

Jumaat, 2 Januari 2015