Isnin, 27 Januari 2014

Kenapa Mudah Terprovok?

Hilang Sabar..!

"Hon! Hon! Hon!", sebuah kereta entah datang dari mana tetiba mengejutkan kami yang tengah berjalan-jalan mencari jubah.

"Ishh, geram betul ana! Rasa nak tengking je. Besar je jalannya tapi nak juga hon kita."
"Tenang akhi, saje je tu dia nak release tention! Huhuhu..jangan diikut sangat perangai deme ni." kataku pada Abdullah An-nur yang sudah kukenali sejak 2010 di Perak. Sekarang tengah ambil Kuliah Perubatan di Universiti Cairo. Penunjuk jalanku di Mesir.

Setelah puas survey barang bisnes, kami berjalan pulang menaiki Metro. Semasa berhimpit nak turun tangga, seorang pakcik tua dari arah bertentangan membawa talam berisi cawan kopi @ teh bertembung denganku. Tak sempat nak mengelak, dia menolakku dengan talamnya.

"Wait, please!", spontan keluar. Lupa pula aku di Mesir. Mana pakcik tu nak faham. Dalam hati, terbit macam-macam perasaan geram berbaur marah. Nak je tolak talam pakcik tu, bergaduh pun tak kisahlah. Terbayang-bayang dalam minda nak belasah je pakcik tu.

"Astaghfirullahal 'Azim, apa aku ni!", hebat setan membantu menyemarakkan kemarahanku. Padahal baru tadi ingatkan orang lain.

Teringat kata-kata Mohamad Khir Bin Johari sehari sebelumnya, "Lawak tengok orang Arab ni. Asyik nak lepaskan perasaan je. Benda kecil pun bergaduh. Wajah masing-masing nampak nak marah je. Mereka dah terbiasa hidup dalam ke'tention'an." Tak kunafikan kata-katanya. Banyak perubahan sahabatku ini. Berbeza kalau nak bandingkan ketika mula mengenalinya semasa sama-sama di UTP dulu, tahun 2009. Semakin matang menjelang usia 23, Kuliah Perubatan di 'Ain Syam University sekarang.

# Moral of the story, banyak sikap baik orang Arab Mesir. Yang tak baik tu, tinggalkan.