Isnin, 8 Ogos 2011

Kita Merancang, Dia Menentukan...

Bila kurenung kehidupan yang sedang kulalui, terasa seperti baru bangkit dari mimpi. Liku yang kulalui tidak pernah aku jangkakan dan tak juga aku harapkan. Namun itulah realiti kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan diuji. Setiap yang beriman pasti akan diberi cubaan yang kadang-kadang meruntun jiwa. Benarlah firman-Nya dalam surah al-‘Ankabut (29) ayat 2 mafhumnya yang bermaksud;

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”

Kenapa mesti diuji? Kadang-kadang kita mengeluh bila ditimpa musibah. Yelah, kalau boleh hidup ni kita sentiasa mengharapkan kegembiraan, kesenangan, kemudahan dan segala-galanya yang bersifat seumpama dengannyanya. Dalam surah yang sama Allah menjelaskan bahawa;

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
[al-‘Ankabut(29):3]


Tak puas hati lagi? Selalu kan kita baca surah al-Mulk malam-malam tapi kalau tak pernah ambil ibroh tak tau nak cakap apa la. Awal surah tu, Allah berfirman yang bermaksud;

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
[al-Mulk (67): 2]


Terpulanglah kita nak menanggapi bagaimana apabila diuji dengan sesuatu. Kita kadang-kadang tak sedar pun sebenarnya kebaikan yang kita peroleh itu pun sebenarnya ujian dari Allah. Kita bila dapat sesuatu kesenangan, kadang-kadang seronok melampau-lampau sampai merasakan bahawa ia memang selayaknya untuk kita. Padahal Allah sengaja nak melihat sejauh mana kita bersyukur.

“Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”
[al-A’raf (7): 168]


Eh, dah macam bagi tazkirah pulak! Ingat nak berkongsi cerita..sebenarnya waktu aku tulis cerita ni, aku tengah duk muhasabah kehidupan yang telah kulalui. Tak kusangka, begini riwayat hidupku. Sekali lagi kukatakan, aku tak pernah menyangka dan meramal kehidupanku adalah yang seperti sedang aku lalui sekarang. Inilah takdir-Nya.


1997-2002


Sewaktu di sekolah rendah, aku just happy go lucky. Tak pernah mengharapkan apa-apa perubahan atau titik tolak dalam hidupku. Kulalui semuanya seperti mana orang lain (atau cuma aku yang perasan bahawa hidup orang lain adalah seperti yang kulalui!). zaman budak-budak lah katakan. Hidup untuk main. Main untuk hidup. Kalau tak main,baik tak payah hidup! Itulah prinsip zaman budak-budak yang serba hingusan. Aku tak suka bersaing waktu sekolah rendah dulu. Maksudku, aku tak suka terlibat dengan sesuatu yang memerlukan perlumbaan atau pertarungan. Aku selalu dapat nombor 1 dalam kelas waktu tu sebab tiada persaingan. Semua kawan sekelasku Melayu, budak kampung pulak dah tu. Jadi, aku tak pernah rasa dicabar atau ingin disaingi. Memang tak best hidup time ni. Yang best nyer adalah time main je huhu..main bola, mandi sungai, masuk hutan, lumba basikal (tak nak lumba pun tapi diorang nak potong jadi aku bawak lagi laju), main masak-masak dengan kakak dan adik pun best gak (sebab kadang-kadang tak ada kawan laki), main wau dan macam-macam lagi permainan yang menyeronokkan.


Best jadi budak-budak ni sebab tak perlu pikir apa-apa yang merumitkan. Sampailah aku darjah Enam. Suatu hari tu time subjek kesukaan budak-budak iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Inilah subjek yang paling best lebih-lebih lagi time tu kan UPSR so inilah masanya nak release tension. Asyik PJK je main bola sepak. Kalau cikgu suruh main game lain, rasa macam tak nak ada PJK hari tu. Hari tersebut aku dan sahabat karibku Muzamil (adalah nama sebenar) terlewat turun ke padang sebab kami malu nak salin baju dalam kelas. Kami salin baju kat surau sebab jarang ada orang sekitar surau time tu. Sesampai saja kami di padang, kelihatan kawan-kawan kami baru tamat lumba lari.


“Alah, apahal diorang ni! Lumba-lumba lari pulak. Tak main bola ke?”
“Relax r Ku. Diorang da abis pun. Jom, kalau diorang nak ajak lumba lari aku nak gak tunjuk kehebatanku!” 


Muzamil beria-ria nak lumba lari pulak. Tapi body dia memang saiz atlit.
Kami berlari-lari anak menuju ke tempat kawan-kawan kami berkumpul. Rupa-rupanya, Ustaz Azhari (bukan nama sebenar sebab lupa nama sebenar) nak pilih wakil sekolah untuk acara lari pecut. Bila tengok aku dan Muzamil berjalan kearahnya, dia bertanya kepada kami.


“Kamu berdua tak minat jadi wakil sekolah?”
Muzamil yang tadi beria-ria terus dengan pantas seperti kilat menjawab.
“Nak, Ustaz! Kami pun nak juga bertanding.”
Tak pasal-pasal aku pun terlibat. Hmmm..
“1, 2…… MULA!” jerit Ustaz Azhari.
Agak-agak siapa menang? Cu teka!


Akuuuuuuuu! Dah agak dah mesti aku yang menang. Bukan sebab aku yang pantas tapi diorang yang kurang laju. Aku dan Muzamil dipilih mewakili sekolah untuk peringkat zon. Kami layak ke peringkat daerah. Ketika ini, hanya aku layak mewakili daerah. Aku ke peringkat negeri Terengganu. Aku dapat nombor 2 di peringkat saringan. Peringkat final, aku memang tak nak ke peringkat seterusnya. Waktu larian, aku perlahankan larian untuk member ruang kepada pelumba sedaerah denganku. Aku dapat nombor 2 terakhir. Sedih??? Mana ada!!! Aku seronok giler time tu..sebab yakin tak payah ke peringkat kebangsaan.


Tapi..


Aku ditawarkan juga ke peringkat kebangsaan! Aduhai, apa ke bangang juri tu. Rupanya diorang ambil catatan masa di peringkat saringan. Aku pemegang masa kedua terpantas. Aku bertanya pendapat Ustaz Azhari perlukah aku terima tawaran tu. Dia tak beri kata putus. Guru-guru lain berharap aku terima. Aku bertanyakan pendapat ibu bapaku. Aku ceritakan keburukan aku terima berbanding kebaikannya. Mereka sependapat denganku. Bila kunyatakan kepada pihak sekolah akan penolakanku, masing-masing kecewa. Sampai ke pengetahuan Guru Besar kami. Dia minta face to face dengan ayahku. Setelah bincang-bincang ayahku setuju membenarkan aku menerima tawaran tu.



Sukacita kuingatkan, kisah yang kuceritakan ini adalah berkisarkan perkara yang terjadi dalam kehidupanku yang tak pernah kujangkakan. Sebelum ni telah kuceritakan pengalamanku semasa di sekolah rendah. Kali ni tentang sekolah menengahku pula. Namun, aku tidak akan bercerita panjang sejarahku dari awal sampai akhir di zaman sekolah menengah. Sebab kalau nak tulis di sini, mahu berjela-jela panjangnya.

2003 – 2007

Aku bersekolah menengah di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Kini diorang panggil The Malay College. Kami antara pelajar dan guru tertentu sebut Koleq. Formal ada yang panggil Kolej Melayu. Tak kisahlah nak panggil apa pun. Yang penting aku dah jadi old boy. Bila teringat sewaktu nak pilih destinasi selepas UPSR dulu, aku tak pernah menjangkakan aku akan ke sini. Bahkan aku tak pernah dengar pun nama-nama yang aku sebut tadi. Aku sebenarnya berimpian nak ke sekolah aliran Agama. Time isi borang aku ingat lagi antara sekolah yang menjadi pilihanku SMAZA atau Sekolah Senengah Agama Zainal Abidin. Kalau tak dapat SMAZA aku pilih SYAM atau  Sekolah Senengah Agama Syeikh Abdul Malik. Pilihan terakhir SMKA Wataniah. Aku tak bercita-cita ke luar Terengganu pun. Guru-guruku termasuk Ustaz Azhari mencadangkan aku ke MRSM memandangkan cita-citaku waktu tu nak jadi doktor. Budak-budak kan tak tetap cita-citanya. Hmmm.. kalau dah Ustaz pun cadangkan MRSM, agak-agak siapa lagi yang nak mencadangkan aku ke sekolah Agama? MCKK? SBP atau Sekolah Berasrama penuh? Setelah di koleq baru kusedari bahawa MCKK adalah salah satu SBP. Pernah dengar perkataan MCKK? Baru kuingat. Pernah seorang guru sekolah rendahku, Teacher Mazniah (nama sebenar aku ingat sebab aku selalu jumpa dia kat sekolah lama, dai je kot yang masih stay) yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, killer subjek kami. Seingat aku dia pernah sebut lebih kurang begini ayat dia;
“Kalau awak cerah masa depan, awak kemungkinan berpeluang masuk SBP. Ada yang bercampur dan ada yang laki saja atau perempuan saja. MCKK untuk laki saja. Macam Ku layakla kot sebab Ketua Pengawas dan pernah mewakili negeri.” Bersemangat kami dengar Teacher Mazniah bagi motivasi UPSR. Tapi aku tak ambil tahu sangat pun time tu sebab aku tak tahu menatang apa MCKK dia sebut.
Then tunggu punya tunggu tawaran akhirnya aku dapat first dari SMKA Wataniah. Second SMAZA then third SMK Sultan Sulaiman, sekolah projek sukan negeri. Lastly dapat tawaran MCKK. Tapi dalam surat tawaran tu tulis Kolej Melayu Kuala Kangsar so aku tak rasa apa-apa keistimewaan pun. Aku tunggu tawaran dari MRSM tapi sampai ke hari nak mendaftar di koleq tak sampai-sampai pun. Jadi mendaftarlah aku sebagai budak koleq. Sampai di koleq tu baru aku perasan Kolej Melayu inilah yang disebut MCKK tu! Tu pun setelah aku translate betul-betul. Kolej Melayu = Malay College. Cukupla kot cerita sampai sini tentang macam mana aku dapat masuk koleq. Kalau nak cerita wholly life kat koleq, rasanya aku kena tulis novel ke apa ke yang tebal-tebal. Shortly, di sinilah aku banyak belajar macam-macam benda baru yang pernah dan tak pernah kujumpai. Just for your info, kat sini time aku Form 2 tahun 2004 adikku yang ke-4 kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah Hassmah adikku..