Jumaat, 26 Julai 2013

RAMADHAN DATANG LAGI..

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dengan Ramadhan tahun ini. Setiap kali menjelang bulan yang mulia ini, pasti semua mempunyai harapan dan impian tersendiri. Ada yang bercita-cita memperbaik kualiti diri, bulan berjimat, period menguruskan badan dan macam-macam. Bahkan ada yang mengambil peluang mengaut keuntungan perniagaan di baazar, pusat pakaian, kuih-muih dan sebagainya.

Kanak-kanak pun turut sama nak berpuasa. ada yang berlumba-lumba siapa puasa penuh dapat hadiah paling lumayan atau dapat pujian dari guru dan rakan-rakan. Sayangnya, sesetengah ibu bapa dan masyarakat kadang-kadang tersalah memberi perhatian. Puasa diutamakan tapi solat dilengahkan bahkan ada yang tidak solat. Alasan sibuk, letih dan sebagainya diterima sedangkan solat sepatutnya jauh lebih perlu diperhatikan.

Sedih kadang-kadang melihat kekusutan yang melanda umat. Yang paling utama diremehkan. Solat terawih kita setiap tahun kadang-kadang penuh mengalahkan solat isyak berjemaah. Alangkah bagus kalau yang wajib ini dilayan sewajarnya..

Isnin, 3 Jun 2013


Salam wbt..org2 dlm gambar adalah mereka yg join Mukhoyam Nasional 2010. Buat di Kuak redah hutan..tahun ni lebih mencabar mukhoyam 2013 di Gunung Batu Putih. Naik gunung kedua terpayah di Malaysia.. nk kena fit btol2 ni kalau tak pancit..

nak tau apa yg bakal dilalui? Tunggu hujung bulan ni..

Isnin, 13 Mei 2013

PRU: Saya dah mengundi! Anda bagaimana?

Salam wbt..
First time in my life, turun padang untuk mengundi. Selama ni duk rumah layan tv je tengok orang keluar mengundi. Kadang2 ada berita gaduh dan macam2..undi hantu? Wallahuallam..saya undi apa?

PERHATIAN: UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!

Ini sahaja jawapan saya kalau anda bertanya kepada saya. Bila berdepan dengan orang BN saya raikan dan bila berdepan dengan orang Pakatan pun saya raikan. Rasanya x perlu untuk saya nyatakan di mana berpihak kerana mungkin ada yg x senang hati..kadang2 kita tengak seseorang tu beria2 menyokong tapi confirm ke parti tu yg dia pangkah?! Belum tentu! Yg penting anda bahagia dengan apa yg anda pilih. Bukan kerana terpaksa, ikut orang atau cuma nak dapatkan ganjaran berupa wang tunai mahupun jadi kroni..

Saya gembira masing2 dapat bersua walaupun berbeza haluan. Kepada yg sering nak melaga2kan dan menabur fitnah, sudah2la..masing2 dah makin bijak dah berfikiran terbuka untuk melihat kebenaran. Sama2 kita tegakkan keadilan.  Yg rase salah, hentikanlah kerana lame2 kantoi jgak nanti. Insaf2la kita same2 renungkan kembali..

Ahad, 31 Mac 2013

Bilakah dtg ptolongan Allah?


Saya sms ayat ni kepada lebih 50 orang;

2:214 Bilakah dtg ptolongan Allah?
47:7 Kt tlg Allah, Allah akn tlg kt.
29:2-3 Kt akn diuji.
Kt sedari jln ni pnuh onak n duri. Da cukup ke kt tlg Allah, akhi?

Ade tanda soal ayat ni, maka ade la yg reply. Lbh krg 10 kot..kalau semua yg saya sms reply maka jammed la My Inbox..sms ni sebenarnye saya tujukan utk diri sendiri menjawabnya. X perlu jawab pd orang lain kerna anda yg menerima atau membaca sms ni dan Allah sahaja yg lebih tau.

Sekadar renungan buat mereka yg berbuat utk Islam. Kadang2 kt rase da buat yg tbaik. Kt yakin Allah akn tlg kt tp kdg2 berburuk sangka terhadap Allah. Kt persoalkan beribu kali kenapa dan mengapa ptolongan Allah x kunjung tiba. Nasihat utk diri saya dan anda semua, mari kt flashback amal kt, hubungan kt dgn Allah. Sudahkah cukup terjaga? Kalau ada yg lopong, apa tindakan kt?

Namun, ujian pasti akan dtg sbg asam garam kehidupan kt. Mungkin utk meningkatkan iman kt dan mgkin juga utk menyedarkan dosa dan kesalahan kt..sebelum terlambat, ayuhla kt beristighfar dan perbetulkan diri..semoga Allah sudi menerima taubat kt dan memberi ptolongan yg kt harapkan. Yakinlah, Allah xkan menghampakan hamba2-Nya yg bersabar dan terus berharap pd-Nya..

Sabtu, 30 Mac 2013

Syahadah, Islam, Syahid......

Salam wbt.....

Semua orang Islam mengucap dua kalimah syahadah..faham ke kita maksud dan tujuan kita duk baca syahadatain ni? Ke baca saja tak tau kenapa kena baca? Atau pun mungkin nak mencukupkan syarat bahawasanya kita ni Islam kot..mari kita sama-sama hayati maksud ayat surah al-Hujurat ni 49:14 (surah 49 ayat ke 14)

Maksudnya, "Orang Badwi berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tapi katakanlah: "Kami telah tunduk (Islam), "keraana iman belum lagi masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tak akan mengurangkan sedikit pun (pahala) amalmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Kawan-kawanku, kalau kita hayati ayat ni sepatutnya kita persoalkan diri kita sebagaimana Allah perintahkan Nabi sampaikan kepada orang Badwi tu. Kadang-kadang kita rasa macam dan cukup beriman, sampai berkeyakinan bahawa syurga dengan kita jarak cuma sejengkal. Da confirm masuk syurga kononnya.    

Perhatikan rutin harian kita, renungkanlah masa silam kita dan cuba sekali-sekala kita perhatikan masa depan kita. Agak-agak kita ni diciptakan untuk apa? Tak mungkin sia-sia kot. (tengok Quran 24:115) Kita Allah jadikan untuk mengabdikan hanya kepada-Nya. (tengok Quran 51:56)

Ikhwah wal akhowat, kawan-kawan yang dirahmati Allah, syahadatain ni penyaksiaan kita akan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Nak buktikan macam mana? Dalam setiap apa yang kita buat. Dari kita bangkit tidur sampai kita kembali tidur semula. Apa yang Allah suruh sepatutnya kita tak perlu lagi beralasan tak nak buat dan apa yang Allah larang, orang yang beriman tak akan berani nak langgar.

Perhatikanlah kehidupan kita, sejauh mana kita mentaati Dia dan sejauh mana kita berbuat untuk Dia. Kita tengok diri kita bila diseru berbuat kebaikan, apa tindakan kita? Contoh simple bila dengar seruan azan. Berapa ramai antara kita terasa terpanggil untuk sahut seruan tu? Kadang-kadang kita lengah-lengahkan nak bersolat terutama sekali subuh. Kita amat berat nak tinggalkan tempat tidur nak mengadap Allah. Belum suruh solat tahajjud! Lihatlah dan renungkanlah sejenak tingkat keimanan kita..kita takut kehilangan dunia, harta, kawan dan lain-lain tapi kita tak takut pun 'kehi;langan' Allah..

Kenapa orang yang mati kerana membela agama Allah digelar syahid? Ada kaitan dengan syahadah ke? Sama-sama kita search...tapi pada pendapatku tentu ada kaitannya. Syahid sebagai bukti syahadah. Para syuhada mati kerana yakin mereka berbuat Allah..nak syahid tak? Tanya iman dulu sanggup ke tidak. Kalau semudah solat berjemaah pun kita tak sanggup, nak korban waktu tidur solat subuh pun payah nikan nak bermimpi berkorban sebagai syuhada.. Renung-renungkanlah...