Isnin, 13 Mei 2013

PRU: Saya dah mengundi! Anda bagaimana?

Salam wbt..
First time in my life, turun padang untuk mengundi. Selama ni duk rumah layan tv je tengok orang keluar mengundi. Kadang2 ada berita gaduh dan macam2..undi hantu? Wallahuallam..saya undi apa?

PERHATIAN: UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!

Ini sahaja jawapan saya kalau anda bertanya kepada saya. Bila berdepan dengan orang BN saya raikan dan bila berdepan dengan orang Pakatan pun saya raikan. Rasanya x perlu untuk saya nyatakan di mana berpihak kerana mungkin ada yg x senang hati..kadang2 kita tengak seseorang tu beria2 menyokong tapi confirm ke parti tu yg dia pangkah?! Belum tentu! Yg penting anda bahagia dengan apa yg anda pilih. Bukan kerana terpaksa, ikut orang atau cuma nak dapatkan ganjaran berupa wang tunai mahupun jadi kroni..

Saya gembira masing2 dapat bersua walaupun berbeza haluan. Kepada yg sering nak melaga2kan dan menabur fitnah, sudah2la..masing2 dah makin bijak dah berfikiran terbuka untuk melihat kebenaran. Sama2 kita tegakkan keadilan.  Yg rase salah, hentikanlah kerana lame2 kantoi jgak nanti. Insaf2la kita same2 renungkan kembali..