Rabu, 7 September 2016

Copy paste dari blog Inilah Jalanku..

Di masa 'Abbasiyah akhir, negeri-negeri Muslim tersekat dengan pelbagai kesultanan yang berkuasa sendiri-sendiri. Yang duduk bertakhta di Baghdad dan digelar "Amirul Mukminin" memang masih ada, tetapi dia tidak lebih daripada hanya sekadar pemuda yang manja yang diperlakukan seperti boneka oleh para sultan yang berebut pengaruh.

Kisah ini adalah sebuah sejarah kecil pada era itu, seperti istilah yang digunakan oleh wartawan tiga zaman, Rosihan Anwar. Sebuah kisah tentang seorang ayah dan anak. Si ayah merupakan bekas hamba. Selama menjadi hamba, cuti hari Jumaat sebagaimana ditetapkan oleh kesultanan dimanfaatkannya untuk berhabis-habisan bekerja. Dengan dirham demi dirham yang terkumpul, satu hari dia meminta izin dari tuannya untuk menebus dirinya pada sang majikan.

Teruskan membaca » http://mohamadkhirjohari.blogspot.com.eg/2011/10/mereka-yang-berani-berprasangka-baik.html

Rabu, 31 Ogos 2016

Ya Allah, ampunilah aku..


Penat sekali malam itu. Alarm handphone berbunyi langsung tidak kusedari. Sedar-sedar waktu sudah menghampiri subuh. Bangkit berwuduk mengerjakan solat sunat, semoga yang sedikit ini diterima-Nya walaupun amat dikesali waktu bercinta dengan Yang Maha Esa makin hari makin berkurang. Menipiskah imanku?

Selesai dua rakaat solat sunat, entah mengapa badan ini meminta direhatkan sebentar. Niat cuma menanti waktu iqamah namun terlanjur sejam sudah waktu subuh berlalu.

"Ya Allah, aku terlepas kali kedua minggu ini subuh berjemaah! Ada apa denganku ini, Ya Allah? Adakah aku bermaksiat dengan-Mu?"

TARBIAH

Sepatutnya makin mematangkan diri semakin dekat dengan Ilahi..

Makin bertambah iman dan keyakinan terhadap pegangan suci..

Makin meningkat amalan yang berkualiti..

Makin sedar akan akan besarnya tanggungjawab ini!