Rabu, 31 Ogos 2016

Ya Allah, ampunilah aku..


Penat sekali malam itu. Alarm handphone berbunyi langsung tidak kusedari. Sedar-sedar waktu sudah menghampiri subuh. Bangkit berwuduk mengerjakan solat sunat, semoga yang sedikit ini diterima-Nya walaupun amat dikesali waktu bercinta dengan Yang Maha Esa makin hari makin berkurang. Menipiskah imanku?

Selesai dua rakaat solat sunat, entah mengapa badan ini meminta direhatkan sebentar. Niat cuma menanti waktu iqamah namun terlanjur sejam sudah waktu subuh berlalu.

"Ya Allah, aku terlepas kali kedua minggu ini subuh berjemaah! Ada apa denganku ini, Ya Allah? Adakah aku bermaksiat dengan-Mu?"

TARBIAH

Sepatutnya makin mematangkan diri semakin dekat dengan Ilahi..

Makin bertambah iman dan keyakinan terhadap pegangan suci..

Makin meningkat amalan yang berkualiti..

Makin sedar akan akan besarnya tanggungjawab ini!