Rabu, 10 Ogos 2011

Kita Merancang, Dia Menentukan... (Bahagian 2)


Julai 2008

Masa kat koleq dulu, kalau tanya sorang-sorang mesti masing-masing kata nak further study kat oversea. Termasuklah aku. Aku pun ada berangan-angan nak fly. Tapi destinasi selalu berubah-ubah. Kejap Mesir, kejap UK dan macam-macam lagi ikut mana famous untuk ambil medic. Time tu memang nak sangat jadi doktor. Artikel berkaitan medic selalu aku simpan untk jadi perangsang minat. Sampailah aku masuk upper form ambil Biologi. Time tu aku score 9 A dan 1 bukan A. Agak-agak apa? B? C ke D? Dahsyat tau! Aku dapat 9G2! Failed! Tension giler time tu.. Nak jadi doktor tapi hampeh! Sejak tu aku mula teragak-agak dengan cita-citaku. Boleh ke aku ni?

Tapi aku belum patah semangat time tu. Masih ada asa bagiku. Aku usaha lagi sampaila Form 5 aku tetap tak pernah dapat A untuk subjek Biologi. Bulan nak dekat SPM aku mula pasang cita-cita lain.tetap ada kaitan dengan Bio tapi aku ada target sendiri. Time tu PM kita Pak Lah kan tengah sibuk dengan projek perindustrian bioteknologi. Aku seronok tengok artikel dan apa-apa yang berkaitan biotek. Aku sebenarnya berimpian untuk kembangkan bisnes pertanian yang menggunakan teknologi tersebut.

Bila keluar result SPM aku dapat B untuk Bio. Memang jelas lagi bersuluh aku memang takkan ambil medic. Tapi kalau nak ambil biotek pun payah gak sebenarnya. Mungkin boleh dapat kat local tapi ramai yang kata kalau ambil jurusan ni kat Malaysia tak berpotensi sangat dan tak berkembang jauh. Sebab biotek masih baru kat Malaysia. Aku dapat offer UIA untuk kejuruteraan, matrik aku dapat offer kat Melaka dan UTP untuk Business Information System. Matrik aku tolak awal-awal sebab kawan-kawan aku kata life macam kat sekolah dan payah nak score. UIA macam da ok. Aku bercadang nak ambil kejuruteraan bioteknologi. Tapi 2 tahun. Dah tu dia beritahu kemungkinan student yang ambil jurusan ni akan transfer ke IT kalau kurang score. Aduh, IT la pulak. Aku kalau boleh tak nak sentuh computer pun! Aku tak nak profesyen yang berkaitan komputer. Time tu mana lah aku tahu komputer ni teramat penting.

UTP. Business Information System atau Sistem Maklumat Perdagangan. Bunyi macam IT. Aku fobia dengar perkataan 'maklumat' ni. aku tanya pendapat ayah angkat dan kawan-kawan yang dah masuk UTP. Diorang nak sangat aku masuk UTP. Aku tanya juga ok ke tak jurusan ni diorang cakap masuk je dulu nanti lama-lama best arr.

“Masuklah Ku. Aku dulu pun tak suka gak tapi sekarang aku go on je.” Kata kawanku Syahmi. Dia memang genius tapi tak tau kenapa tak pergi oversea. Result dia dahsyat je.

Jadi dek terpujuk kata ayah angkat serta kawan-kawanku, aku pun daftarlah ke UTP. Alamk! Perak lagi…..!!!!!! Kenapalah UTP ni bukan di Melaka ke Johor ke Perlis ke asalkan jangan di Perak. Aku time kat MCKK kalau boleh nak keluar dari kepompong Perak ni.

Tapi nak buat macam mana kan takkan nak pindahkan bangunan UTP tu ke tempat lain pulak. So aku mulailah belajar di situ. Semester 1 semua subjek boleh kata mudah-mudah je. Boleh kukatakan, amat jarang sekali kulihat member yang sama-sama ambil jurusan sepertiku belajar bagai nak rak. Kebanyakannya relax je. Aku target 3.5 paling kurang. Malangnya sem tersebut aku hanya dapat 3.0 lebih je. Aku mulai merasakan kelamnya masa depanku di situ. Di mana silapku? Orang lain pun study lebih kurang je tapi ada jugak yang boleh score 3.5. Aku teliti subjek yang aku ambil. Aku lemah subjek berkaitan komputer. Aku teliti juga Buku Panduan Pelajar. Kucari halaman berkaitan jurusan yang kuambil dan kulihat banyak sungguh subjek berkaitan komputer terpaksa kuambil pada semester akan datang. Wah, boleh ke aku ni!

Walaupun result semasa foundation aku kurang memuaskan pun, namun aku layak further Degree di UTP. Dari semester 1 sampai semester 3 result ku tidak menunujukkan tanda membaik bahkan merosot. Aku tekad kali ni. Aku ingin menghentikan pengajianku di UTP. Setelah berbincang dengan ikhwah dan tidak kulupakan keluargaku, dengan berat hatinya aku berhenti setakat tu. Walaupun kesal juga kerana tidak bertindak awal namun aku bersyukur kerana ada kebaikan kuperoleh di UTP. Sepanjang lima semester aku di UTP termasuk dua semester di foundation, banyak hal aku pelajari tentang kehidupan. Mungkin rezekiku bukan di sini. Kuyakin Dia lebih tahu. Walau keputusan berhenti itu akan menimbulkan tanda tanya banyak pihak, namun aku rasa itulah yang terbaik buatku. Aku selalu termenung memikirkan apakah yang dapat kusumbangkan pada dakwah dengan asetku di UTP. Aku berdoa agar Allah menemukan aku destinasi yang mampu member peluang kepadaku untuk berbakti kepada dakwah. Kesudahannya aku dengan rasminya bukan lagi student UTP mulai Januari 2011.
Ke mana destinasiku selepas ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan