TARBIAH,
PENTING?
Berjalan pulang
dari menelaah madah untuk imtihan esok, Nahu Sorof dengan teman sekuliah sambil
merancang masa untuk sambung muraja’ah malam ni. Maghrib memanggil. Terus menuju
ke masjid di depan rumah. Usai solat, sambung bacaan Quran. Alhamdulillah, di
saat mengharapkan ketenangan di musim imtihan yang biasanya musim penuh
tekanan, ayat kalamullah menyejukkan hati yang layu. Benarlah firman-Nya dalam
surah ar-Ra’dhu, surah ke-13 ayat 28;
“Orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Hanya dengan
mengingat Allah hati menjadi tenang.”
Teringat
pakaian yang dibasuh semalam perlu diangkat segera di musim sejuk ni. Sampai di
rumah disambut teman sebilik meminta pendapat macam mana nak menceritakan
keutamaan tarbiah. Sambil mengangkat kain, otak menerawang jauh memikirkan
macam mana nak bagi pendapat. Dalam hati, “Boleh tak bincang esok? Nak fikir
imtihan dulu sekarang.” Sambil tangan mengangkat pakaian tetiba satu pengepit
terjatuh.
“Astaghfirullah!”
Entah kenapa terbayang kalau yang jatuh itu adalah jiwa seseorang. Tak sempat
diselamatkan. Syukurlah cuma fantasi semata-mata. Terfikir bagaimana nak
selamatkan kalau benar-benar realiti! Yang jatuh Cuma sebiji pengepit, boleh
beli baru. Tapi kalau satu jiwa bagaimana? Tambah-tambah kalau masa depan di
akhirat belum pasti mendapat tempat di syurga.
Kenapa sibuk nak tarbiah diri? Kalau
betul banyak masa, tarbiah diri sendiri sahaja. Tak perlulah nak susah-susahkan
diri nak tarbiah orang lain! Allah menjawab dalam firman-Nya;
“Dan
ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati
kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?”
Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.”
(al-A’raf
surah 7:164)
Ikhwati, kita tarbiah diri dan
mereka untuk selamatkan dari terjerumus ke jurang neraka. Kita nak sama-sama ke
syurga! Bersabarlah di jalan ini. Jadilah mereka yang luar biasa, istiqomah di
jalan tarbiah. Jangan dekati lubang-lubang yang menjadi kesukaan syaitan dan
teman-temannya. Kadang-kadang kita sanggup membayar dengan harga yang tinggi
demi menempah tempat di neraka. Sanggup beli tiket konsert pelik-pelik dan
melabur untuk ‘games’ dan sebagainya. Tapi jalan menuju syurga yang banyak yang
percuma kita pandang sebelah mata.