Selasa, 12 Julai 2011

Dr. Abdullah Azzam

26 November 1989, Dr. Abdullah Azzam dikurniakan syahid setelah berjihad di bumi Palestin dan Afghanistan. 26 November 2007, genaplah 18 tahun pemergian beliau. Peribadi kebanggaan umat. Seorang ulama’ yang memilih untuk hidup sebagai mujahidin, meninggalkan segala kesenangan hidup dan pendapatan yang lumayan. Kisah syahidnya diketahui oleh semua. Beliau akan terus menjadi qudwah kepada mujahidin dan pendakwah sepanjang zaman. Moga Allah menerima ruhnya dan menggantikan kepada umat ini mujahid seumpamanya.
Permulaan Jihad
Beliau mula mendapat pentarbiahan Ikhwan Muslimin sejak berusia 10 tahun. Pernah menziarahi Syeikh Abdul Rahman Khalifah, Muraqib Am Ikhwan Jordan ketika itu. Mula terlibat dengan jihad ketika berusia 26 tahun bermula dari tahun 1967 (tahun penjajahan Palestin keseluruhannya) . Berpindah ke Jordan dengan berjalan kaki selama 10 hari setelah keseluruhan Palestin dijajah oleh Yahudi. Meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan dua orang anak di sempadan Jordan – Palestin untuk mula aktif di medan jihad. Ketika isterinya melahirkan anak ketiga mereka, beliau berada di medan jihad di Palestin.
Tekanan Di Mesir
Pada tahun 1970 beliau dan keluarga berpindah ke Mesir untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Berjaya menamatkan PhD di dalam bidang Usul Fiqh di Universiti al-Azhar dalam tempoh yang cukup singkat iaitu setahun lapan bulan. Dikenakan pelbagai tekanan ketika berada di Mesir, di antaranya cubaan untuk memberhentikannya dari al-Azhar dan mengeluarkan beliau dari Mesir. Tekanan-tekanan dikenakan sehingga beliau dan keluarganya terpaksa berpindah di antara 20 buah rumah dalam tempoh tidak sampai dua tahun.
Dakwah di Jordan
Pada tahun 1972 beliau ke Jordan dan bekerja selama lapan tahun di Universiti Jordan. Di situ beliau berjaya menarik ramai pemuda untuk terlibat di dalam jihad di Palestin. Selepas hanya sebulan bekerja di Jordan, beliau berjaya menarik ramai pemuda untuk keluar ke medan jihad di sempadan Jordan – Palestin selama tiga hari, pada minggu terakhir setiap bulan.
Pemecatan Dari Universiti Jordan
Pada tahun 1980 berlaku perselisihan di antara beliau dan Perdana Menteri Jordan ketika itu disebabkan satu karikatur yang disebarkan di dalam sebuah akhbar utama tempatan. Akhbar tersebut menyiarkan satu lukisan yang menggambarkan umat Islam sebagai ajen Amerika Syarikat. Beliau telah menalipon akhbar tersebut dan bercakap dengan pelukis karikatur tersebut. Setelah berlaku perdebatan dan pelukis tersebut menolak untuk meminta maaf, as-Syahid Abdullah Azzam berkata kepadanya: “Jika kamu tidak meminta maaf esok di dalam akhbar itu sendiri, kamu akan melihat akibatnya. Kamu memiliki akhbar dan kami memiliki minbar. Jordan; dari utara ke selatan akan bercakap tentang isu ini. Kami akan memboikot akhbar kamu. Bukalah gudang kamu untuk kamu menyimpan akhbar kamu.”
Pelukis tersebut yang merupakan adik ipar Perdana Menteri telah menghubungi Perdana Menteri. As-Syahid Abdullah Azzam telah dipaksa agar meminta maaf tetapi beliau enggan. Satu dakwaan dikenakan ke atas beliau tetapi beliau berjaya di dalam kes tersebut. Tidak sampai sebulan dari peristiwa tersebut beliau telah dipecat dari jawatannya sebagai pensyarah.
Selepas peristiwa tersebut mereka telah berpindah ke Arab Saudi dan as-Syahid bekerja sebagai pensyarah di sana. Tetapi ianya hanya untuk sembilan bulan sahaja.
Konspirasi di Saudi
Ketika mula-mula beliau sampai di Saudi, beliau mula terdengar tentang berita jihad di Afghanistan. Di situ beliau mula memikirkan bagaimana caranya untuk ke Afghanistan dan membatalkan kontrak lima tahun perkhidmatan dengan universiti. Isterinya menceritakan betapa gelisahnya as-Syahid ketika itu: “Saya merasakan bahawa pada setiap kali beliau masuk tidur, beliau seolah-olah tidur di atas bara api. Berpindah menggolekkan badannya dari satu tempat ke tempat yang lain sambil merintih-rintih meminta Allah memberikan jalan keluar.”
Kerajaan Saudi pada masa itu mula merasakan bahaya kewujudan Abdullah Azzam di bumi Saudi. Mereka mengeluarkan satu iklan tawaran untuk pensyarah yang berminat untuk dipinjamkan ke Pakistan dalam program pertukaran pensyarah. Abdullah Azzam mendaftarkan diri untuk perpindahan tersebut. Rupa-rupanya selepas beliau mendaftarkan dirinya, iklan tersebut ditutup dan beliau adalah calon tunggal yang mendaftarkan diri. Iklan tersebut rupanya dibuat khusus untuk mengeluarkan beliau dari Saudi.
Tiga Pilihan Buat Isteri
Isteri beliau menceritakan tentang nekad Abdullah Azzam untuk berjihad di Afghanistan:
Azzam kembali ke rumah dan berkata kepadaku: “Kemas pakaian kamu ke dalam beg. Saya tidak tahu ke mana kita akan pergi. Saya juga tidak mahu menyebut ke mana kita akan pergi.”
Kemudian beliau lebih membingungkan saya apabila beliau berkata kepada saya: “Saya akan berpindah dan kamu mempunyai tiga pilihan. Saya tidak mahu mendengar pilihan kamu sekarang. Fikirkan selama seminggu. Jika kamu ingin duduk di rumah ini di Saudi, kamu boleh lakukannya. Ini adalah rumah untuk seorang profesor universiti. Rumah seumpama istana dan perabotnya semua buatan Eropah. Kamu akan mendapat kereta buatan Amerika dengan pemandunya sekali. Yuran pengajian anak-anak semua ditanggung oleh universiti. Gaji saya semuanya adalah untuk kamu. Atau (pilihan kedua) kamu juga boleh kembali ke Jordan. Kamu akan tetap mendapat rumah dan kenderaan serta hidup di tengah-tengah keluarga, rakan-rakan dan kesayanganmu. Atau (pilihan ketiga) kamu ikut saya dan bersedia untuk menghadapi apa juga suasana yang akan menimpa. Saya tidak bertanggungjawab atas apa pilihanmu. Fikirkan dan mintalah pandangan orang lain. Moga-moga Tuhan akan mengurniakan kamu keteguhan dan kematangan.”
Kemudian beliau membawa saya ke rumah yang disediakan oleh pihak universiti. Saya tidak pernah melihat rumah itu sebelum ini kerana sejak tiba ke Saudi, saya lebih suka tinggal di rumah yang berhampiran dengan Masjidil Haram.
Saya tidak sabar untuk menunggu seminggu. Saya cuma mampu bertahan sehari sahaja. Selepas itu saya berkata kepadanya: “Kenapa kamu memberikan saya tiga pilihan? Kamu lari dari tanggungjawab. Saya mempunyai anak-anak yang perlukan bapa. Apa yang mampu dilakukan oleh rumah yang besar dan saudara mara? Kamu meninggalkan saya dengan bebanan 7 orang anak; empat lelaki dan tiga perempuan. Bagaimana saya mampu menanggung semua ini bersendirian? Saya tidak mahu tinggal di sini atau di Jordan. Jika kamu tergantung di udara sekali pun, kami akan tetap bersama kamu.”
Abdullah Azzam bertakbir kegembiraan lalu berkata: “Demi Allah, kamu memilih apa yang saya pilih. Itu lebih menggembirakan saya dari pilihan-pilihan yang lain.
Kisah Rezeki di Pakistan
Tiba di Pakistan, Abdullah Azzam meminta agar pihak pengurusan universiti menghimpunkan kelasnya pada dua hari sahaja seminggu. Dia akan berada diPakistan selama dua hari dan berada di medan jihad di Afghanistan selama limahari. Ini berterusan selama tiga tahun.
Ada cubaan untuk mengembalikannya ke Saudi setelah mereka mendapati bahawa beliau lebih merbahaya jika berada di Pakistan daripada di Saudi. Ketika beliau ingin memperbaharui visanya, urusan tersebut tidak berjaya dilakukan. Alasan yang diberikan adalah kerana dia diperlukan di Saudi dan tidak lagi di Pakistan. Sebenarnya setiap kali beliau memperbaharui visa, beliau akan membawa di dalam poketnya surat perletakan jawatan dan menjangkakan bahawa perkara tersebut akan berlaku. Beliau terus mengemukakan surat perletakan jawatan tersebut dan memilih untuk hidup sebagai mujahid di bumi Afghanistan.
Tidak lama selepas itu, Rabitoh Alam Islami yang mendengar berita perletakan jawatannya itu menawarkan kepada beliau kerja di Rabitah Alam Islami dengan separuh dari gaji beliau di universiti. Demikianlah benar apa yang dijanjikan Allah: “Di langit itu rezeki kamu dan apa yang dijanjikan untuk kamu.” (Az-Zariyat: 22)
Gambaran Kehidupan Sebuah Keluarga Mujahidin
Isteri beliau menceritakan: “Kami berpindah ke rumah seluas 2.5 x 3 meter. Di situlah dapur. Di situlah ruang tamu. Di situlah bilik tidur. Bahkan kami mandi di situ juga.”
Beliau menceritakan lagi: “Apabila waktu tidur, saya akan membariskan anak-anak saya dan saya tidur dihujung kaki mereka. Apabila masuk waktu Subuh, tidak ada ruang untuk solat Subuh. Saya mengambil wudhu’ di situ dan solat di situ.”
Tentang pendidikan anak-anak beliau berkata: “Anak-anak saya sudah besar. Mereka perlu kepada sekolah Arab. Di sana tidak ada sekolah Arab kecuali sekolahLibya yang bercampur di antara lelaki dan perempuan. Saya tidak dapat mencarikan sekolah yang sesuai untuk anak-anak perempuan saya sedangkan mereka sudah sepatutnya masuk sekolah menengah. Anak-anak lelaki masih di sekolah rendah, jadi saya hantar mereka ke sekolah Libya. Manakala anak-anak perempuan belajar di rumah. Saya meminta pertolongan beberapa orang guru perempuan untuk mengajar mereka. Saya mendaftarkan anak-anak perempuan saya di Kedutaan Mesir dan mengambil peperiksaan di sana. Mereka mendapat sijil mereka dari Kedutaan Mesir.”

Sabtu, 2 Julai 2011

Kenapa Aku di sini?

Hampir sebulan aku di sini. Pelbagai kerenah rakan-rakan kujumpai. Masing-masing ada haluan dan lifestyle sendiri. Aku pun dengan hidupku, mereka dengan dunia mereka. Dalam diam aku menganalisa setiap watak yang kujumpai. Mereka berlatar belakang berbeza antara satu sama lain. Ada juga yang hidup bergerak ke sana sini berkumpulan, ada juga berdua-duaan dan tak kurang juga solo sentiasa. Aku cuba masuk mana-mana yang kujumpai walaupun bukan kesemuanya. Ada yang menerimaku dengan hati terbuka dan tak kurang juga dengan penuh prasangka. Prasangka yang penuh tanda tanya.
A: Saudara macam baru di sini. Sebelum ni belajar di mana?
Aku: Ya ana baru di sini. Sebelum ni di Sri Iskandar.
A: Sri Iskandar? UiTM ke?
Aku: Emmm..dekat situ la..
Mulalah dia beritahu yang dia ada kawan di situ. Aku Cuma mengiakan sahaja.

Kalau yang selalu jumpa di masjid atau terpandang aku membaca quran, mesti dia….
B: Menghafal ke? Anta dulu sekolah agama di mana?
Aku: Bukan, ana Cuma membaca. Ana tak sehebat anta, hafiz. Membaca jela setakat yang mampu. Ana sekolah biasa je di Kuala kangsar, bukan sekolah agama pun.

Cuma yang menarik pada satu malam tu selepas solat isyak ketika aku nak jumpa Ustaz Azmi, penceramah yang ikhwah undang untuk Kuliah Raudatul Ilm di Surau Tasik Putra. Sewaktu menunggu Ustaz Azmi menjamu selera tiba-tiba datang seorang student hampir sebaya denganku menyapa.
Razif: Assalamu’alaiku wbt..
Aku: Wa’alaikummussalam wbt..
Razif: Anta pelajar kolej ni? Ke bekas pelajar?
Aku: Ana baru di sini akhi. Maharah 1. Baru je masuk sini.
Razif: Owh, ana ingatkan bekas pelajar. Tak pernah nampak anta sebelum ni. Sehari dua ni je ana lihat anta sorang-sorang di sini.

Aku ingatkan aku je yang memperhatikan dia sebelum ni. Rupa-rupanya dia pun memperhatikan kewujudanku. Siapa nak tajmik siapa ni huhu..
Razif: Ana sebenarnya baru kembali sambung belajar. Ana extend setahun kalau nak ikutkan yang sepatutnya ana grad tahun ni.
Aku: Owh,ana pulak ambil Syari’ah. Anta berapa semester lagi tinggal?
Razif: Sama la kita. Ana pun dulu ambil Maharah 1 juga. Macam anta, ana dulu pun tak ada basic bahasa Arab. Insya Allah ana semester depan last. Bt the way kalau nak minta ana tunjuk ajar apa-apa berkaitan Syari’ah bolehla hubungi ana.
Aku: Insya Allah. Ana pun mencari-cari senior yang boleh bagi tunjuk ajar.

Disebabkan Ustaz Azmi belum sesuai untuk kutemui, kami bercerita panjang. Dari latar belakang masing-masing hinggalah ke cita-cita selepas tamat pengajian di kolej ni. Aku mengajaknya ke bilikku memandangkan kedudukan bilikku lebih nudah dicapai berbanding biliknya yang terletak di aras tiga.
Memang dia seorang Sanguinis yang Popular. Satu ayat kutanya, berjela-jela dia jawab. Tiba-tiba kawannya datang bertandang di bilikku. Rashid namanya, sudah grad tapi tengah menguruskan clearance yang belum settle. Razif ketika itu sudah penat bercakap lalu tidur di katil roommateku yang belum tak kunjung tiba setelah pulang ke rumah minggu sudah. Malam tu pertama kali aku berteman di bilik. Rashid masih belum meninggalkan bilikku. Kami selalu bersua muka dan berbual tapi malam tu baru kutahu namanya Rashid. Aku sedar dia cuba mengambil tahu siapa sebenarnya aku. Namun, cukuplah dia tahu aku juga pelajar di kolej itu. Cuma aku lebih tua berbanding ahli batchku yang lain.
Rashid: Anta tinggal di Seri Iskandar tapi berasal dari Terengganu?
Aku: Ya, ana dah hamper lapan tahun di Perak. Lima tahun di Kuala Kangsar dan 3 tahun di Seri Iskandar. Kalau ada jodoh, berumah tangga di Perak kot..
Razif: Anta kan dapat SPM ok. Kenapa tak apply UIA atau mana-mana IPTA lain?
Aku: Ana tak nak pergi jauh dari Seri Iskandar. Kawan-kawan ana semua di sekita Perak jadi ana memilih kolej ni, satu-satunya kolej Islam yang ana tahu.
Rashid: Time belajar kat sana dulu, anta aktif dengan jemaah apa?
Aku: Jemaah..hmmm kat sana banyak jemaah. Ada ISMA, KARISMA, Tabligh dan yang paling besar dan aktif adalah Rakan Masjid. Ana tak join mana-mana pun. Ana lebih banyak join program motivasi dengan syarikat yang ana dan kawan-kawan tubuh sendiri. Kami pun ada syarikat ayng terbitkan majalah sendiri. Nah, tengokla tu majalah Sinergi.

Rashid: Wow, anta buat projek buku! Menarik juga buku ni tapi tak pernah nampak pun buku ni.
Aku: Ya, masih baru. First edition bulan Ogos tahun lepas. Sekarang ni baru edisi ke-5.
Rashid: Anta tak buat promotion ke? Kalau nak tampal poster, baik anta jumpa HEP dapatkan cop. Insya Allah boleh laku ni. Lagi-lagi kalau budak perempuan.
Aku: Insya Allah nanti ana usahakan.

Ramai tertanya-tanya kenapa aku berada di kolej ni? Kenapa ya? Tak menyesal ke aku berada di sini?
Insya Allah tidak. Aku di sini atas amanah dakwah. Bukan kerana sesiapa yang memaksa tetapi atas pilihan hati sendiri hasil istikharah. Demi meraih redha Ilahi, perjuangan tetap akan kuteruskan. Setiap ketentuan-Nya pasti ada hikmah. Dakwah memerlukan da’i yang bersedia berkerja bila-bila masa. Misi aku masih jauh.

Jumaat, 24 Jun 2011

MUHASABAH CINTA


Wahai Pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dari-Mu,
Kupasrahkan semua pada-Mu

Tuhan….
Baru kusedar,
Indah nikmat sihat itu,
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan Cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah,
Mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah
Selama ini
Ya Ilahi
Muhasabah Cintaku

Tuhan…
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Kata-kata cinta terucap indah,
Mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untuk-Ku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi
Muhasabah Cintaku  (2x)

Khamis, 23 Jun 2011

Dakwatuna

KETERUSTERANGAN

Kita ingin beerterus terang kepada manusia tentang tujuan kita, mengungkapkan manhaj kita di depan mereka dan menyampaikan seruan kita kepada mereka, tanpa keraguan dan kesamaran. Sehingga lebih terang dari sinar mentari, lebih cerah dari cahaya fajar dan lebih cemerlang dari kecemerlangan siang.

KESUCIAN

Kitai juga ingin agar kaum kita dan seluruh kaum muslimin mengetahui bahawa dakwah kita bersih dan suci. Kebersihannya benar-benar mulia hingga mengatasi cita-cita peribadi, menganggap kecil keuntungan material, meninggalkan hawa nafsu dan kesenangan sementara. Ia terus melaju di jalan yang telah digariskan Allah swt untuk para da’i: “Katakanlah, ‘Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.’ Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” Surah Yusuf(12:108)
Kita tidak meminta sesuatu imbalan pun dari manusia, tidak mengharapkan harta, tidak menuntut ganjaran, tidak menginginkan popularity dan tidak menagih ucapan terima kasih. Sungguh pahala amal kita hanyalah dari Dzat yang telah menciptakan kita.

KASIH SAYANG

Kita ingin agar umat mengetahui bahawa mereka lebih kita cintai dari diri kita sendiri. Sungguh jiwa-jiwa ini sanggup gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka jika memeng tebusan itu yang diperlukan untuk membayar kejayaan, kemuliaan, agama dan cita-cita mereka jika memang mencukupi.
Tiada yang membawa kita untuk bersikap seperti ini kepada mereka melainkan kerana rasa kasih sayang yang telah mencengkeram hati kita, menguasai perasaan kita, menghilangkan rasa mengantuk dan mengalirkan air mata kita. Sungguh kita benar-benar sedih melihat apa yang menimpa umat ini sementara kita hanya sanggup menyerah kepada kehinaan, redha kepada kerendahan dan pasrah kepada keputusasaan.
Sungguh kita berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kita lakukan untuk kepentingan diri kita. Kita adalah milik umat wahai ikhwah tercinta. Sesaat pun kita tidak akan pernah menjadi musuh umat.

KEUTAMAAN HANYALAH MILIK ALLAH

Kita tidak merasa berjasa dengan sesuatu pun dan tidak pula menganggap diri lebih utama. Kita hanya meyakini firman Allah swt;
“Sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang yang benar.” (al-Hujurat(49:17))
Kita sering berangan-angan andaikan angan-angan itu bermanfaat bahawa hati kita terbuka di hadapan penglihatan dan pendengaran umat ini, sehingga saudara-saudara kita dapat melihat sendiri. Adakah mereka melihat sesuatu dalam hati kita, selain menginginkan kebaikan untuk mereka, rasa kasih terhadap mereka, serta rela mati untuk kemaslahatan mereka?
Apakah mereka menemukan dalam hati kita, selain kepedihan mendalam atas apa yang kita alami?
Namun, cukuplah bagi kita bahawa Allah swt mengetahui itu semua. Hanya Dialah yang menjamin dukungan yang tepat , agar kita selalu benar. Di tangan-Nyalah berada semua kendali dan kunci hati. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada yang dapat menyesatkannya. Dan, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada yang dapat menunjukinya. Cukuplah Dia bagi kita. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang mencukupi hamba-Nya?

Ahad, 10 April 2011

SIBUK KE SAMPAI MALAS UPDATE BLOG!

JENG3!!!

Nampaknya kawan-kawan da ramai suka blog!
Tengokla nanti aku nak update gak!!!

Jumaat, 5 November 2010

Apakah Peranan Kita?

Aku bukanlah insan yang sempurna. Namun aku bertekad meyempurnakan tugasku sebagai seorang makhluk bergelar manusia. Mungkin ramai masih belum sedar akan tujuan hidupnya. Namun yang pasti hidupnya kita adalah untuk-Nya. Firman Allah sentiasa bermain-main di kepalaku.
"Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku."
(az-Zariyat,51:56)
Syukur pada-Mu Ya Rabbi! Dalam jutaan jiwa manusia Kau memilihku untuk merasai nikmat ini. Jika kukenang sepanjang perjalanan hidupku, tak pernah kuterbayangkan untuk menjadi seperti kini. Kalau dulu ku merasa cukup sekadar ke masjid menunaikan solat berjemaah. Terasa seolah-olah diri ini sudah cukup layak untuk untuk memiliki syurga-Mu. Bagaikan sebelah kakiku sudah menjejak pintu syurga. Namun sekian lama tersentuh dengan tarbiah, kurasakan kecil sekali diriku ini. Terasa semakin jauh jarak ke syurga. Menyedari hakikat tujuan penciptaan diri, barulah kutahu bahawa tugas sebagai manusia banyak sekali. Diri ini bukan diciptakan hanya untuk bersenang-lenang. Tidak cukup jika hanya beribadah siang dan malam menyempurnakan rukun Islam yang lima. Hidup ini adalah satu pengabdian. Kepada siapa? Ibu? Ayah? Atau penguasa? Kata-kata siapakah yang paling utama patut kita taati? Realitinya kita menjadikan tuntutan dan kehendak diri lebih utama berbanding kehendak dan perintah Allah.
Wahai saudaraku,
Ketahuilah bahawasanya jiwa kita ini milik Allah. Hadirnya kita ke dunia adalah dengan kehendak Allah. Namun layakkah kita apabila lahir ke dunia kita melupakan Pencipta kita? Seolah-olah hadirnya kita dengan sendiri.
Alhamdulillah. Semakin ditarbiah, semakin kusedar akan hakikat diri ini. Suatu hari nanti aku akan kembali kepada-Nya. Dia bakal menghisabku. Apa yang bakal kutunjukkan pada-Nya? Apakah cukup sekadar dengan amalan solatku?
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”
(al-Baqarah,2:30)
Pertama kali kumendengar ayat ini, aku terasa ingin tahu siapakah yang Allah maksudkan itu. Terus kubaca sambungan ayat tersebut, “Mereka (malaikat) berkata “Apakah Engkau mahu menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?”
Malaikat menyoal sedemikian rupa kepada Allah. Mereka tidak yakin bahawa makhluk yang bakal Allah jadikan khalifah di muka bumi itu mampu mentadbir diri mereka sendiri. Saudaraku! Apakah yang bermain di fikiranmu? Tahukah kita bahawa kitalah khalifah yang dimaksudkan Allah itu untuk mentadbir bumi ini? Aku terus berfikir dan berfikir. Mencari idea bagaimana mahu melaksanakan tugas tersebut. Teringat aku akan firman Allah dalam surah ali ‘Imran ayat ke 110 tentang beruntungnya umat manusia. “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang ma’aruf , dan mencegar dari kemungkaran dan beriman kepada Allah.” Rupa-rupanya Allah sudah menunjukkan jalan bagaimana mahu mentadbir bumi ini. Bumi ini didiami oleh manusia, binatang dan makhluk Allah yang lain. Pelbagai keistimewaan Allah berikan kepada manusia melebihi makhluk-Nya yang lain. Akal manusia membezakan kita manusia dengan makhluk Allah yang lain. Akal yang diberikan tidak lain adalah untuk kita gunakan bagi mentadbir bumi ini. Inilah tugas kita sebagai khalifah. Bagaimana? Membimbing sesama manusia untuk memastikan kerosakan dan pertumpahan darah tidak berlaku seperti mana yang dibimbangkan oleh para malaikat. Inilah peranan kita sebagai khalifah. Perlunya kita mengajak sesama kita berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran sepertimana firman-Nya,
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat yang ma’aruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Ali ‘Imran,3:104)
Dari kecil aku sentiasa seronok mendengar sirah Rasulullah. Diceritakan oleh ustaz dan juga ustazah tentang kehiupan seorang rasul terakhir iaitu Muhammad Rasulullah S.A.W. Betapa hebatnya baginda hidup membimbing manusia di zamannya. Beliau diikuti tingkah lakunya, kata-katanya dan apa yang diakaui olehnya. Walaupun ratusan tahun meninggalkan kita namun terasa rohnya masih hidup bersama kita sampai kini. Namun demikian wahai saudaraku, pernahkah kita terfikir apakah sunnah baginda yang paling banyak baginda ditunjukkan kepada kita? Tahukah kita betapa kasih dan sayangnya baginda kepada kita?
“Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat sekali menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman.”
(at-Taubah,9:128)
Itulah yang dirasai oleh qudwah dan uswah kita. Tugas baginda diutuskan untuk memperbaik akhlak umat di zamannya. Ketika umat telah mengabaikan perintah Allah, meninggalkan segala perintah Allah, bahkan menyekutukan Allah dengan tuhan yang mereka ada-adakan, hadir seorang manusia bernama Muhammad S.A.W. Wahyu pertama yang diturunkan kepadanya amat merisaukannya. Dia bakal memikul tugas yang maha hebat.
“Dialah yangmengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
(al-Jumu’ah,62:2)
Di saat kewafatan baginda, terus-menerus baginda tidak sanggup meninggalkan umat. Kegembiraan bakal bertemu Sang Pencipta memang amat-amat dinantikan namun kerisauan meninggalkan umat tanpa bimbingan menjadikan baginda amat sedih. Pesan baginda kepada sahabat agar menjaga umatnya tidak kering di bibirnya. Bukan tinggalan harta kepada keluarga yang disedihkan tapi baginda takut umatnya bakal menerima azab Allah. Apakah kita tidak tercuit mendengar pesan baginda? Adakah kita tidak mengambil pengajaran? Baginda mahu para sahabat meneruskan usaha dakwahnya. Baginda mahu kita semua terus berada dalam keimanan dan keselamatan dunia dan akhirat. Ingatlah wahai saudaraku, keimanan dan keselamatan yang diwariskan oleh baginda akan terhenti sekiranya usaha yang baginda lakukan tidak diteruskan.

Isnin, 30 Ogos 2010

Allah Sayang dia..

Bismillah..

17 Ogos lalu, ayahku kembali ke rahmatullah..
Terlalu kejap rasanya aku ingin berkhidmat untuknya namun Allah lebih sayangkan dia. Pemergian ayahku juga seperti arwah adikku dulu. Kedua-duanya pergi ketika aku tiada di rumah. Namun kedua-duanya pergi bagaikan telah ada tanda-tanda Allah tunjukkan untukku. Mungkin kerana Dia tahu sejauh mana kesanggupanku menerima pemergian mereka.

16 Ogos, sehari sebelum arwahku pergi..
Aku di banglo kawanku setelah selesai menolongnya. Tiba-tiba aku rindu pada arwah.
Terasa ingin menelefon tapi entah kenapa tangan ini terasa berat ingin menekan butang. Aku menghantar mesej kepada adikku menanyakan khabar di rumah.
"Ruamah ok je" balas adikku kurang memahami maksudku.
"Ayah apa cerita?"
"Macam biasa" jawapan ini sedikit sebanyak menenangkan hatiku. Lalu hajat ingin menelefon rumah kubatalkan.

Malam 17 Ogos, aku bersama ikhwahku(saudara-saudaraku) iftar di rumah akhi Zikri. Selesai iftar terus pulang kerana aku ingin memulangkan kereta rumetku. Malam itu aku pening kepala tapi tetap kuteruskan solat terawikh. Semasa tahyat rakaat kedua hansetku bergetar namun kubiarkan saja. Selesai solat ada terpapar 'missed call' dari kakakku.
Ku hanya balas dengan mesej "duk maye".
Baru saja mengangkat takbir untuk solat seterusnya bergetar lagi hansetku. Terus aku keluar jemaah menjawab panggilan tersebut.
"Ayah rebah dalam bilik air belum sedarkan diri." Kakakku memintaku menelefon adikku terus.
Aku menelefon adikku sekadar menenangkannya.

Esoknya jam 4 pagi ada mesej dari kakakku.
"Medulla ayah rosak doktor kata dah xde harapan"

Pagi tu kupulang..
Walau kudapat rasakan kemungkinan tak dapat melihatnya, kugagahkan diriku. Teringat hajatku kali terakhir sebelum kuberangkat ke kampus. Ku ingin mencium pipinya pada Aidil Fitri kali ni. Namun ternyata masanya sudah tiba. Ketika aku masih di dalam bas di Tanah Merah, dia pergi buat selama-lamanya. Bila difikirkan ada baiknya aku tidak berada di sisinya ketika dia pergi. Aku berusaha menguatkan diriku agar dapat menenangkan ahli keluargaku yang lain.

Ketibaanku di rumah disambut oleh jiran tetangga. Masing-masing menunggu aku untuk sama-sama memandikan arwah. Sebelum itu kusempat mencium pipinya. Itulah kali pertama setelah mungkin bertahun-tahun aku menciumnya waktu masih kecil. Kutabahkan diriku untuk menghadapi tetamu dengan tenang.

Alhamdulillah segala-galanya selesai sebelum berbuka. Kehadiran saudara-mara dan sahabat arwah membuatkan aku sedikit hilang kesedihanku. Namun aku kalah bila berseorangan. lebih-lebih lagi jika aku berada di rumah. Lalu kuputuskan untuk pulang ke kampus seawal mungkin. Setelah selesai urusan berkaitan kuberitahu ibuku untuk pulang. Berat untuk ibuku melepaskan aku pergi namun kugunakan alasan ujian di kampus mendesakku untuk segera pulang. hakikatnya aku tidak mahu kenangan di rumah membuatkan aku terasa kehilangan arwah.

Sampai-sampai saja di kampus, Alhamdulillah banyak kerja datang kepadaku membuatkan aku terlupa akan kehilangan arwah. Yang mampu kulakukan adalah berdoa untuk arwah agar rohnya dicucuri rahmat.

Yang pergi, biarlah ia pergi. Kita yang masih ada juga akan menyusul. Persoalannya sudahkah kita bersedia?